Thursday, April 10, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah saw.
'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang akan menyusahkannya.) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya.
Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya, Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.'
(maksud ayat 2,3 surah aT Talak)

Berpagi-pagi meninjau taman.
Kucing jiran berlari-lari sambil merenung saya.
Rama-rama menari.
Tupai melompat mencuri buah longan.
Burung-burung pun berkicau sana sini.
-
Saya teringat Dato Abdullah Al Hadi Bangi  memberi makanan kepada burung-burung yang berkunjung ke rumahnya setiap pagi dan petang. Pagi antara jam 7-8 anggaran 50 ekor burung akan ke kediamannya.. Beliau membeli beras hancur 5 kilo untuk 4 hari bagi tujuan tersebut!
Begitu juga dengan bunga, beliau mewakafkan bunga cempaka di luar pagar. Jadi sesiapa pun tidak segan silu memetiknya. Beliau memasang papan tanda- wakaf!
Saya memang terharu dengan kesungguhan Dato'.
Dulu saya kata belalang ni sahabat saya. Rupanya ia perosak tanaman. Alah banyak manalah yang belalang makan.

Tebu ni hanya serumpun, tapi menjadi sangat.
Siapa teringin jom...

Akar Dani mula berbunga kembali.
Letaknya di tepi pagar.
Walau sepokok, kedondong ini terus berbakti tidak henti-henti.
Rumpun kucai pun tahan lama, berpuluh kali di potong ,ia masih lagi berbakti.
Mangga baru berbunga.
Kelapa nan sebatang.
Saya baru menanam pokok hiasan di kelilingnya.
Limau nipis.
Pokok yang baru saya tanam.
Saya cantas pandan , tinggal yang anak-anak sahaja.
Peria yang dah tua. Tak sampai hati nak membuangnya. Ia masih berbuah.
Tengok pagar saya dah retak!
-
Alhamdulillah.

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh disediakan bagi mereka SYURGA-SYURGA FIRDAUS sebagai tempat tetamu ( yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya dengan tidak ingin berpindah darinya.
(maksud ayat 107,108 surah Al Kahfi)

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.


Sahabat Rasulullah saw.
AMMAR BIN YASIR

Keluarga Yasir diseksa dan dibunuh. Rasulullah saw mendoakan keluarga Yasir ditempatkan di Jannah Allah. Rasulullah saw sering melawat tempat di mana Ammar dan keluarganya diseksa dan mendoakan kebaikan.
Ammar sering dipuji oleh Rasulullah saw kerana kecekalan dan ketabahannya menanggung seksaan.

Berperang bersama Rasulullah saw dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
Malah selepas kewafatan Rasulullah saw pun, Ammar teus menyertai peperangan.
Al Fatihah.











3 comments:

makcikkantin said...

Salam mamaju...taman hijau di tengah kota....makcik tak lah rajin cam mama :)

Kakzakie Purvit said...

Dato' Abdulllah bersedekah seperti yg kita lihat di depan Masjidilharam. Banyak burung merpati makan makanan yg ditabur. Agaknya berpuluh-puluh kilo sehari ada sahja yg menabur. Tapi memang seronok dpt buat macm tu Kak Ju..

Binatang dan unggas pun mendoakan juga Kak Ju.

JunAina said...

Seronok bila kita ada masa untuk menghayati kehijauan alam dirumah sendiri. Mengumpul pahala dalam diam atas tanam-tanaman kita.