Monday, April 14, 2014

MOHON SUMBANGAN - MISI KEMANUSIAAN KE SRI LANKA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Baginda Rasulullah saw.


Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak beriman (sempurna)
seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri.”

(Al-Bukhari, Muslim, Abu ‘Uwanah, an-Nasai, at-Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi dan Ahmad)
Alhamdulillah 15 anak-anak dari Kolej Mara Banting ingin melakukan misi kemanusian ke Sri Lanka pada 25 hb Mei ini (untuk penduduk Islam). Tiket penerbangan dengan Air Asia sudah pun ditempah dengan duit poket sendiri.

2:261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(maksud ayat 261 surah Al Baqarah)


2:262. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(maksud ayat 262 surah Al Baqarah)
Mereka menjual baju T, melukis, menjual air minuman dan apa sahaja yang terdaya di Kolej dan di luar. Mereka juga meminta sumbangan daripada orang ramai dan syarikat.

instagram : http://instagram.com/bridgetolanka
facebook: fb.com/bridgetolanka

Justeru saya bagi pihak anak-anak ini memohon sumbangan daripada sahabat-sahabat bagi tujuan di atas.
Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.

No untuk dihubungi:
Whatsapp Fairuz 017 7498589
Whatapp Alia 017 2698335
-
Akaun Bendahari - Alia 
BSN - 101 00 29 00059 2312



Terima kasih banyak-banyak.


Sabtu ini juga mereka akan adakan KOTAK SENI - sebuah art exhibition & auction di Red Bungalow berdekatan KLCC.


Kalau berkesempatan bolehlah singgah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Remaja yg cekal dan bijak insya-allah akan jadi pemimpin masa akan dtg ni Kak Ju.

Bangga melihat anak-anak remaja yg begini.

Dr K said...

Alhamdullilah...remaja sebegini yg kita mahukan...

Mamaju boleh war war kan juga di status FB mamaju utk lebih liputan..

Bloomington Mirrors said...

Grreat read