Thursday, March 13, 2014

VINTAGE

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Baginda Rasulullah SAW.

Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:2
Habis belajar, Nabil bekerja di kedai Vintage kepunyaan artis/ pelukis Raja Ahmad.
Kedai ini letaknya di Puplika. Kedai-kedai di sini kebanyakkannya kedai berunsur seni dan lama.
Nabil melayan kami.
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:3)
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
(A-li'Imraan 3:5)
Buku-buku koleksi lukisan Sukarno RM 1000 satu .
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:6)
Almari lama yang nampak cantik di mata saya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:8)
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:9
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:14)




Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:15)

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:16
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:17




Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(terjemahan surah A-li'Imraan 3:29
Ini kedai lain tapi ada ala-ala vintage juga.
-
Nabil sudah pun menyambung pengajian di UITM Shah Alam. 
Nabil tinggal di asrama. Baru saya perasaan rupanya yuran kediaman di sini hanya RM 210 untuk satu semester! Terima kasih UITM.

Alhamdulillah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

2 comments:

kaknor tmj said...

tahniah kpd nabil yg tlh sambung pengajian di shah alam, semoga tiap2 semester mendPt hadiah dekan juga

JunAina said...

MamaJu UITM antara pusat pengajian tinggi yang paling murah yuran dan serba serbinya.

Cantik2 barang2 vintage tu, kalau pergi tak boleh bawak anak2 kecik.