Saturday, March 15, 2014

LP 5 DAN ANAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW.

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Kediaman kami di Lestari Perdana 5. Ini di belakang rumah.
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:2)
Hijau.
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(An-Nisaa' 4:10)
Petang hari Ulfa bersama-sama kawan keliling LP5. 

Satu petang, Ulfa dan kawan-kawan ke pasar malam berdekatan, Ulfa nampak api keci l tetapi mereka fikir ada orang bakar sampah. Mereka ambil gambar.
Setelah kembali dari pasar ketika hari sudah hampir maghrib, mereka terperanjat melihat api yang sedang marak.....
Ketika saya tiba, saya terkejut melihat api!
-
Saya telefon bomba tapi tidak berangkat...
Saya cuba lagi.
-
Selepas sembahyang maghrib, kami ke kawasan tersebut, api macam dah padam tetapi bomba belum sampai..
Jam 8.15 malam baru bomba tiba. Masa tu api marak lagi.( macam dalam gambar).
-
Luas betul belukar yang terbakar tu. Kehijauan dalam gamba.r 1,2 tu sudah hilang


Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:13)
Rumah yang paling hampir dengan kawasan kebakaran.
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
(An-Nisaa' 4:14) |

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

DOABUATMH370.
AMIN.

1 comment:

mamawana said...

Assalamualaikum

Sayang kan apabila pemandangan kehijauan ternoda dgn api kebakaran. Bomba lewat. Why? Masya allah.

Bahagia nengok anak2 Ju sudah dewasa.