Tuesday, March 4, 2014

TEMUJANJI DENGAN 3 CHEF DI TINGKAT 13 HOTEL MAYA, KL.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah saw.
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
(Terjemahan surah Al-Nahl 16:48)
Terima kasih kepada Sdr Khairul Hakimi  kerana membawa kami ke majlis di Hotel Maya ,KL bertemu 3 chef selebriti.
Majlis ini anjuran FRIM.

Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
(Al-Nahl 16:49
Peluang kami blogger bertemu dengan 3 Chef terkenal.
 Gambar -Sdr Khairul dan Chef Azli Razali.

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
(Al-Nahl 16:50)
Saya, Chef Adu dan blogger JunAina.
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
(Al-Nahl 16:51)
Chef Rubiah Suparman sedang menunjukkan cara membuat rojak buah.

Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
(Al-Nahl 16:52
Lukisan bunga herba kebangaan FRIM.

Jun dan suami.
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
(Al-Nahl 16:53

Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
(Al-Nahl 16:54) |
Pn Rubiah yang sangat peramah.


Saya bertemu lagi dengan blogger Azian.


(Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
(Al-Nahl 16:55

Bersama Hjh Intan, bekas orang kuat Karang Kraf.

Dan mereka (yang musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka tidak mengetahui hal keadaannya, sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
(Al-Nahl 16:56)

Masa untuk makan!
Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Al-Nahl 16:64)



Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
(Al-Nahl 16:65)
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
(Al-Nahl 16:66
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
(Al-Nahl 16:67)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Al-Nahl 16:68)


Serai  di kaki lima tingkat 13.
Moga jumpa lagi .


Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Al-Nahl 16:69)

Demo masakan Chef Adu, Chef Izhyan dan Sdr Khairul Hakimim  akan berlangsung dalam masa terdekat di AbuAin Studio Kitchen., Bandar Seri Putra.
Sila hubungi Sdr Khairul di 012 946 7994.
http://www.kuahkari.com/

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.






6 comments:

Dr K said...

best event ni kan mamaju..
saya kerja hari tu..mmg tak dpt nak join...makanan yg dihidang pun nampak unik :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Bessst lah!

Dr Singa said...

saya namnpak bilik ofis saya dalam gambar mamaju !!
yang background klcc tuu...

Kakzakie Purvit said...

Makanan yg dihidang nampak menariklah Kak Ju..

Rubiah Suparman tak tua-tua ye Kak Ju. Masa kakak kecik-kecik dulu dia dah berlakon tau.. sekarang kakak dah tua dia masih tak tua lagi...

JunAina said...

Dr Singa saya lupa pada awak hari tu...kalau tak saya jerit2 dan lambai2 je awak join sekali.

JunAina said...

Mama Ju insyaallah ada kesempatan kita jumpa lagi kalau tidak di event mungkin boleh bergathering di mana2.