Wednesday, March 5, 2014

TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah saw.

Alhamdulillah, semalam hujan lebat di sekitar Lembah Klang setelah berminggu kering kontang.
-
Ini suasana di Wetland, Putrajaya. Daun-daun berguguran dan pokok kekuningan..

Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
(Terjemahan surahSaad 38:18)
Dalam pada kering dan tidak ada air di KMB, Ulfa dan kawan-kawan  cuba berhibur hati dengan berbasikal di sini.
Mereka diberi cuti kerana tidak ada air selama 3 minggu!

Pokok Cycass dah matang.
 Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.
(Saad 38:19)
Boss  ikut sama jadi kepala...

Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
(Saad 38:27)
Suasana di sini tenang. Orang pun tak ramai. Cuma ada masa susah nak sewa basikal. Banyak basikal rosak!
Taman ini ada banyak  tasik.  Boleh tengok macam-macam.

Penat ke?
Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?
(Saad 38:28)
 (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Saad 38:29)
Alhamdulillah.

Kredit gambar - Nabilah Rosli- KMB
-

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak kalau tengok org naik basikal suka sangat. Sebab itu kakak bagi anak-anak naik sebab tak mahu jadi macam mamanya.

Tempatnya pun nampak nyaman sangat ye Kak Ju..

JunAina said...

Seronok juga dapat beriadah begitu sesekali ye Mama Ju. Terasamacam nak bawak anak2 pergi sana pulak.

Dr Singa said...

besarnya pokok cycas tu!! jarang jumpa yang besar gitu

kaknor tmj said...

sejuk mata melihat burung2 di tasik tu, di musim panas ni teringin nak bersantai2 di tepi tasik tu...tapi apa kan daya...

Unknown said...

bestnya bersantai di Wetland.. bilalah boleh kesana.. :D

ayemrawi said...

bestnya. tho dah bertahun duduk m'sia still tak pernah pergi sana. Haha