Selawat dan Salam kepada Rasulullah saw.
Alhamdulillah, semalam hujan lebat di sekitar Lembah Klang setelah berminggu kering kontang. - Ini suasana di Wetland, Putrajaya. Daun-daun berguguran dan pokok kekuningan..
Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
(Terjemahan surahSaad 38:18) |
Dalam pada kering dan tidak ada air di KMB, Ulfa dan kawan-kawan cuba berhibur hati dengan berbasikal di sini. Mereka diberi cuti kerana tidak ada air selama 3 minggu! |
Pokok Cycass dah matang. |
(Saad 38:19)
Boss ikut sama jadi kepala...
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
(Saad 38:27) |
Suasana di sini tenang. Orang pun tak ramai. Cuma ada masa susah nak sewa basikal. Banyak basikal rosak! |
Taman ini ada banyak tasik. Boleh tengok macam-macam. |
Penat ke? |
Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?
(Saad 38:28)(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Saad 38:29)
Alhamdulillah. Kredit gambar - Nabilah Rosli- KMB - SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH. |
6 comments:
Kakak kalau tengok org naik basikal suka sangat. Sebab itu kakak bagi anak-anak naik sebab tak mahu jadi macam mamanya.
Tempatnya pun nampak nyaman sangat ye Kak Ju..
Seronok juga dapat beriadah begitu sesekali ye Mama Ju. Terasamacam nak bawak anak2 pergi sana pulak.
besarnya pokok cycas tu!! jarang jumpa yang besar gitu
sejuk mata melihat burung2 di tasik tu, di musim panas ni teringin nak bersantai2 di tepi tasik tu...tapi apa kan daya...
bestnya bersantai di Wetland.. bilalah boleh kesana.. :D
bestnya. tho dah bertahun duduk m'sia still tak pernah pergi sana. Haha
Post a Comment