Sunday, March 23, 2014

PICKNIK- MASTERCHEF NIK MICHAEL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW.
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:2)
Jam 12 kami berlima makan tengahari di warung tepi jalan di hadapan jalan masuk Kolej Mara Banting.
Kami makan berlauk ikan asam pedas, ikan keli, ayam masak merah dan sayur.. Harga RM 30 termasuk air minum!
-
Dari Banting kami ke Publika, Dutamas, Damansara.
Hari Sabtu ada Projek Rabak. Ada banyak aktiviti seni di sini.
-
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:3)
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
(Al-A'raaf 7:4
Mulanya nak minum-minum  di Picknik.
Lepas tu, ter'order' macam-macam.
-
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Al-A'raaf 7:8)

Ada pulak Nik Michael... makcik ni melihat  Nik menyediakan bahan asas.


Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Al-A'raaf 7:10)
Nik dibantu oleh 13 staff.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11)
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12)
Makanan ringan - Nachos. RM 23. 00.
Meatball and bread  RM 20.00
-
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:13)
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:14)
Wedges RM 14.00
-
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:15) |

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:16)
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:17)
Pavlova rm 12.00

Cream Brulee  RM 12.00
-
Penghilang dahaga, yang sangat sedap - Hot Chocolate RM 12.00 dan Strawberi Lassi RM 15.00
-

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:18)


Nik menghantar makanan kepada kami.
Lepas tu kami posinglah...

Jika ingin ke Picknik, sila ke Publika, Block A4, UG1-05, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas.
Tel 03 64116499
(Tak jauh dari pentas, nampak Fahrenheit 360 turun ikut eskalator terus nampak PickNik!)
Hope for MH 370.
Ini di restoran Fahrenheit 360.

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
(terjemahan surah Al-A'raaf 7:30

-

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.





3 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju, terliur kak tengok makanan di Picknik tu terutama meatball, pavlova dan cream bruleenya, sedap nampaknya

Unknown said...

salam kenal. pengisian blog yg sangat menarik hati.

**pavlova tu pun menarik hati dan perut:D

afeezz said...

teringin nak rasa creme brulee tu...