Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) buat julung kalinya akan mengadakan pameran Herba Malaysia pada 23 hingga 25 Mei 2014 di Legar Putra, Putra World Trade Centre(PWTC) dengan tema Herba dan Pengetahuan Tradisi: Khazanah Negara.
Ia menghimpunkan penggiat, pakar, penyelidik herba dan kegiatan penggunaan herba daripada perspektif pengetahuan tradisi khususnya di bawah satu bumbung. Sebanyak 75 unit booth pameran disediakan untuk para pengusaha dan pengiat industri herba.
Majlis 'soft launch ' telah di adakan di hotel Maya, Kuala Lumpur di mana YBhg Dato Sri Azha Yusof , Ketua Setia Usaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah merasmikan majlis.
Majlis kemudiannya berlangsung bersama Ketua Pengarah FRIM YBhg Dato Dr Abd Latif Mohamad dan chef selebriti yang dilantik.
KSU dan KP FRIM bersama Chef Rubiah Suparman, Chef Adu Amran dan Chef Azli Razali.
Tenaga utama Pameran Herba Malaysia. Chef -chef akan membuat demo masakan berasaskan herba sepanjang pameran ini berlangsung. |
Chef Rubiah Suparman. |
Chef selebriti Azli Razali |
Chef selebriti Adu Amran |
Melalui pameran ini pelbagai informasi , teknologi dan produk terkini berasaskan herba dapat diperolehi.Ia juga membantu pengusaha herba tempatan meluaskan skop perniagaan, membuka peluang menerajui tren pasaran herba di Malaysia dan luar Negara.
Tempahan untuk 'booth' masih di buka. Sila hubungi FRIM di alamat::
Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
52109, Kepong, Selangor Darul Ehsan.
T: 603-62797000
F: 603-62731314
E: feedback@frimm.gov.my
www.frim.gow.my
5 comments:
Boleh merasa apa yg chef bertiga itu masak ke Kak Ju? Bestnya:)
salam,
Mama Nadz pun suka hal-hal tanaman herba ni..
Syukran mamaju...satu info yg berguna
waah hensemnye yang bergambar dengan Chef Azli tu! hihihi
Assalamualaikum
Saya ada ternampak keratan akhbar inform tarikhnya dari 23-24 May..tapi kat sini dari 23-25 May. Mohon confirmkan. Sebab saya betul2 nak pergi tapi clash dgn agenda lain.
terima kasih!
Post a Comment