Selawat dan Salam untuk Rasulullah SAAW.
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:Maksudnya:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
Ini Imam Muda Taufik dan murid-muridnya di KMB. Dah jumppa baru saya tahu,ini Ustaz dari program Imam Muda. |
Kelas Ulfa mengambil bahagian dalam karnival di KMB.
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Terjemahan surah Al-Kahfi 18:1) |
Saya tiba majlis dah nak selesai....tapi karnival masih berjalan...
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Terjemahan surah Al-Kahfi 18:2) |
Kelas mereka mendapat idea untuk membuat tulisan khat. Alhamdulillah, tempahan mencurah-curah sampai tak terbuat. |
Budak lelaki tulah yang hebat membuat khat. Nama dah lupalah...
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Terjenahan surah Al-Kahfi 18:3) |
Mereka terkejut kerana bersaing dengan satu booth dari Persatuan Seni Khat Malaysia.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Terjemahan surah Al-Kahfi 18:7 |
Mereka hias tulisan itu dengan corak/ hiasan yang menarik. Merka juga menjual donut, baju, tudung dll.
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
(Terjemahan surah Al-Kahfi 18:23)
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Terjemahan surah Al-Kahfi 18:24 |
Maaf, tumpang sekaki.... |
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
(Al-Kahfi 18:30)SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.
4 comments:
Kalau tinggal di sana memang banyak peluang utk hadir majlis macam ini..
Ulfa pun pandai buat khat ye kak Ju. Anak sulung kakak bolehlah juga sebab menulis khat memang salah satu subject seni sekolah aliran agama..
best :D
best :D
lawa tulisan khat nya..
saya pernah belajar dulu zaman sekolah agama...tapi mmg takde bakat! hihihih
Post a Comment