Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!(Terkjemahan surah Nuh 71:28)
Bersama teman-teman suami, kami ke Restoran Bumbu Desaa di Alamanda.
Tujuannya untuk bersilaturrahim.
Antara mereka adalah teman sekolah masa di Kolej Islam dulu!
|
Dr Siti dan Pn Rahimah.
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
(Nuh 71:15) |
|
Makanan di sini berasaskan makanan Sunda. Menarik.
|
"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),
(Nuh 71:16)
|
Hidangan pembuka ni pihak restoran yang pilih. Belinjau goreng dengan kuah kacang.
"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
(Nuh 71:17) |
|
Ustaz Daruddin dari Jabatan Mufti Selangor, Ust Mohamad dari PEYATIM Malaysia dan Ust Dr Che Pee dari Universiti Islam. |
|
"Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
(Nuh 71:18) |
|
Sebelum makan dan bual-bual kita baca doa dulu....
"Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
(Nuh 71:19) |
|
Lepas makan belinjau, minum air teh pekat campur lemon masam manis.
|
|
Hidangan pun sampai.
"Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".
(Nuh 71:20) |
|
Tempe goreng yang sedap, lembut dan tebal. Makan dengan pencicah. |
|
Ikan terbang memang hidangan wajib bagi makanan Sunda. |
|
Azrin pun ada. |
|
Ayam Bakakak. |
|
Makan-makan di sini memang best, tiada gangguan. |
|
Kuih Sri Muka tajaan Dr Siti. Ada kelainan, bahagian bawahnya daripada sagu dan kelapa parut. Sedap! Baunya wangi! |
Moga kita semua akan bertemu lagi. Insyallah.
5 comments:
alhamdullilah...setelah sekian lama berpisah zaman kolej kan mamaju...teringin nak try makan kat situ
Mmmm yummy yummy nampak hidangan.
Hi Hi..gambar terbawah sekali, kelihatan Ust Dr Che Pee bertanya sesuatu kepada Ju...
lepas makan belinjau.. pasti semua minuman terasa pahit!
mamaju.. pokok air mata pengantin saya dah menjalar-jalar!! * pertama kali pokok tak mati di tangan saya!!*
Alhamdulillah... pertemuan yg indah dan kenyang! Kakak terpikat dgn mangkuk comel dia Kak Ju. Cantik.
assalamualaikum mama
pernah sekali jer makan kat bumbu desa
Post a Comment