Tuesday, February 18, 2014

SEPINTAS LALU- KOTA ISKANDAR.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Surah Fathir, Ayat 3


Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?
Saya orang Johor tapi inilah pertama kali saya datang ke pusat pentadbiran  baru negeri Johor. Ia terletak di NusaJaya

Masuk ke NusaJaya terus  saya terpandang Legoland!

Surah Fathir, Ayat 5


Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

Kota Iskandar itu membabitkan kawasan seluas 128 hektar dan mula dibina pada 2006 dengan fasa pertama membabitkan pembinaan bangunan Dewan Negeri Johor, kompleks pejabat Menteri Besar, plaza Dataran Mahkota dan kompleks pejabat kerajaan negeri.
Reka bentuk bangunan pentadbiran negeri di Kota Iskandar itu menggunakan konsep sejarah Melayu Johor dan legasi Andalusia Moorish.

Pusat Pentadbiran ini digelarkan sebagai Kota Iskandar di Nusajaya. Berkedudukan kira-kira 25 kilometer dari Johor Bahru, terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER), yang turut menghubungkan Johor Bahru melalui Danga ke Nusajaya dan PTP di bahagian barat serta Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di timur.
http://www.johordt.gov.my/

 Pusat pentadbiran baru dalam fasa pertama terdiri daripada Dewan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan negeri Johor. Dibina berpaksikan kiblat, manakala rekabentuknya berdasarkan seni bina Johor-Melayu dan model Moor-Andalusia.
Dewan Negeri Johor dibina empat tingkat merangkumi Dewan Undangan Negeri bagi 114 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, perpustakaan, arkib, bilik gerakan, dewan jamuan dan ruang rehat. Bangunan ini juga turut dihiasi dengan laman-laman hiasan serta kemudahan asas seperti surau. 
Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibina dengan keluasan 21,480 kaki persegi setinggi lima tingkat. Kompleks ini merangkumi ruang Pejabat Menteri Besar, pejabat-pejabat EXCO, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan. Ia mempunyai kapasiti bagi populasi 530 orang kakitangan. Dilengkapi dengan dewan serba guna, surau, kafetaria, lapangan teater dan taman.
http://www.johordt.gov.my/


Surah Fathir, Ayat 6


Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.
Hebat sangat air ni .....
Di samping itu, fasa pertama ini turut disertakan dengan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Negeri. Dua buah Kompleks Jabatan Negeri ini dibina dari tiga hingga lima tingkat dengan kemampuan menampung populasi 1,772 kakitangan daripada 18 buah jabatan. Setiap kompleks dilengkapi dengan dewan serbaguna, kafetaria dan surau setiap satu.



Surah Fathir, Ayat 10


Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
JATA - Lengkap dengan segala cerita sejarah.


Surah Fathir, Ayat 11


Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.




Surah Fathir, Ayat 13


Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Masjid masih dalam pembinaan. Menaranya gah.




Surah Fathir, Ayat 15


(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Salam Mamaju..
Saya pun org Johor :)

Saya tak pernah sampai ke Nusajaya, walaupun selalu balik Skudai! :P

Terima kasih atas info yg diberikan tentang majlis ilmu tu...

afeezz said...

assalamualaikum mama

sy pon org johor gak, tp byk tmpt kat johor yg sy tak pernah pi. Sejak bila pusat pemerintahan kerajaan johor berpindah ke nusajaya?