Thursday, January 30, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
(Al-Furqaan 25:1)


Daun kering Lotus.

Lotus terus segar...
Bunga kesidang dikerumuni semut. Baunya wangi seakan-akan daun pandan.

Bunga ulam raja. 

Kemboja pun berbunga lebat.
Bunga kertas.

Bunga keembung
Sisa-sisa cili.
Anak kacang botor yang saya semai dah mula menjadi.

Mangga ada tujuh biji.

Pokok peria di tepi pagar .
Oregano.
Oregano merupakan tumbuhan jenis renek yang berasal dari Mediterannean. Pokok ini sama famili dengan pudina dan ketinggiannya sekitar 1 meter sahaja. Oregano memiliki rasa yang agak unik, didefinisikan sebagai 'pedas' dan ia kaya dengan kandungan anti oksidan. Oregano boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang dan pecahan anak.

Kegunaan

Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera.
http://adrydaud.blogspot.com/
Suka tengok Rosemarry ni menjadi.

Rosemary merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan inggeris. Ia merupakan sejenis tumbuhan renek yang kecil dengan daunnya yang berbentuk jarum seperti daun pokok pine.Rosemary mempunyai bunga yang berwarna ungu kebiruan dan di negara empat musim ia akan berbunga sepanjang musim bunga dan musim panas. Tidak pasti adakah rosemary boleh berbunga dalam iklim tropika kerana rosemary yang saya tanam( gambar diatas ) tidak pernah berbunga lagi.Rosemary boleh tumbuh hingga mencapai ketinggia lima kaki.Pembiakannya mudah melalui keratan batang. Untuk hidup di Negara kita yang beriklim panas, rosemary tidak boleh didedahkan secara terus kepada cahaya matahari. Tanam ditempat yang agak redup dan pastikan airnya mencukupi. Jika ada bahagian tumbuhan yang telah kering , pastika ranting yang kering ini dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang rimbun. Ia mempunyai aroma yang kuat.Nama tumbuhan ini yang mearik sebenarnya didapati dari perkataan lain yang bermaksud Embun dari laut.Di Negara barat rosemary merupakan simbol kepada persahabatan dan kasih sayang. Ia sering dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.

Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan kita. Rosemary sesuai diletakkan diatas meja dipejabat atau diatas meja belajar kanak-kanak.Daun rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan kerana baunya akan berkurangan apabila kering. Satu kajian oleh Chi-Tang Ho, Ph.D., seorang profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, new jersey  mendapati penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan separuh dari risiko terkena kanser
http://www.melur.com/myherba
Suami saya menyemai biji avocado dan inilah hasilnya. 

Orang panggil rumput tu buluh perindu..
Bila disebut buluh perindu, banyak orang kata ia umpama satu cerita dongeng. Kerap dicerita tapi tiada yg pernah melihatnya.
Ia dikatakan tumbuhan kepunyaan "Alam Bunian" atau "The Fairy Tale Creature" tapi ada pepohon yang wujud secara nyata dan tumbuh melata di belantara dengan ciri khasiat yang sama.
Dalam bahasa English ia panggil "Magic Grass", "Yearning Bamboo " dan nama scientific
"Bambusa Magica Ridley"
Dan ia telah berada dalam pengkalan data "The Royal Botanic Gardens Kew" di Surrey, United Kingdom semenjak July 1925.
Legenda Buluh Perindu banyak diceritakan oleh masyarakat Nusantara ,sesiapa yang berhajat dan berkenan pasti mencarinya.
Didalam hikayat Sang Kancil yang menceritakan bahawa Sang Kancil leka menari-nari dibawah rimbunan pohon buluh perindu. Memang betul, Sang Kancil pasti leka berada di bawah Rimbunan Pohon Perindu, sebab pohonnya memang merendang, halus, redup, memang kerinduan dibuatnya.
http://rimbunanperindu.webs.com/

Masih dengan bunga-bunga yang sama.



Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
(Al-Furqaan 25:2)

Alhamdulillah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.







2 comments:

Kakcik said...

Assalamualaikum Mama Ju.

Indahnya bunga2an dan tumbuh2an yang subur di laman. :)

Dr Singa said...

mesti wangi republik taman hijau ni sebab ada kemboja dan kesidang..
saya baru tanam pokok air mata pengantin tu.. harap-harap hidup lah..

[ saya lupa nama dia.. puas saya cari balik kat blog mamaju ]