Wednesday, January 29, 2014

MUZIUM TAIPING

Dengan  nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
(Al-Mulk 67:1
Sebenarnya kami tidak melawat Muzium Perak! Kami hanya melihat  kawasan sekitarnya!
Bayaran masuk RM 2.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)
Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.   

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.  Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.   

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.  
http://www.mptaiping.gov.my/
(Petikan portal rasmi Majlis Perbandaran Taiping.)
Kawsan sekitarnya luas.
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Mulk 67:12)

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(Al-Mulk 67:13) |
1930 kereta ini digunakan oleh British untuk perang saraf terhadap komunis tetapi 1950 diguna sebagai kereta jenazah.

 Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
(Al-Mulk 67:14

Ada kedai cendera mata.
Buku-buku sejarah turut dijual.

 Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Al-Mulk 67:15
 Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
(Al-Mulk 67:16
 Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
(Al-Mulk 67:22
Pengangkut bijih timah.


Tiap tahun Amin dan Yana berjumpa. Mereka sebaya.

Dari sini kami terus kembali ke Kuala Lumpur.
Ini penjara Taiping yang terletak di hadapan Muzium.


Insya Allah kami akan datang lagi.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
(Al-Mulk 67:23)


Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.

3 comments:

mamaina said...

mamaju..salah sorang bekas pengarah penjara Taiping tu pelakon Abu Bakar Juah.. yg selalu belakon jadi jahat tu... lepas pencen ni yg dia aktif belakon balik.. kat dlm muzium tu ada senarai bekas2 pengarahnya..

Dr Singa said...

muzium fevret saya ni!

Unknown said...

lama dah nak g taiping
..blogwalking,jemput ke blog saya ye
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/