Wednesday, December 18, 2013

TROPICAL SPICE GARDEN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(maksud ayat 78 surah Al mukminun)

Taman ini antara taman yang memang  ingin saya kunjungi.
Ia terletak di Teluk Bahang, di hadapannya ada kedai-kedai menjual makanan dan dari situ boleh menikmati pantai. Bayaran masuk dewasa RM 15, kanak-kanak RM  10 dan pesara RM 12.00
Saya ke taman melalui pintu ini.
Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(maksud ayat 23 surah Al Mulk)
-
Pintu utama.

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
(maksud ayat 52 Al Baqarah)



Setelah membayar tiket, mereka menyapu minyak serai ke tangan kita. Kemudian sesi penerangan ringkas. Taman ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Hutan, taman rempah dan bahagian tengah denai-denai dengan pemandangan alam yang indah.
Pemandu Pelancongan sangatlah berbudi bahasa...

Mengerling ke kanan terlihat lotus. Aduh! cantiknya. Besar macam dulang!
Subhanallah.

Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Maksud ayat 9 surah Al Sajdah)


Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya
(Maksud ayat 11 surah An Najm)

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(maksud ayat 10 surah Al A'raf)
Saya mula menyusuri denai. Ini pemandu saya...
Melihat hutan.

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
(maksud ayat 6 surah Al Adiyat)


Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
(maksud ayat23 surahAl Insyiqaq)
Hammock.
Buai gergasi.
Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
(maksud ayat 35 surah Al Qamar)
Alhamdulillah, emak saya masih berupaya berjalan jauh berjam-jam.
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(maksud ayat 78 surah An Nahl)
Dam ular. Kami hanya memerhati Yana bermain. 
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
(maksud ayat 147 surah An Nisa')

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(maksud ayat 63 surah An Anfaal)
Pintu masuk ke Taman rempah.
Lesung besar. Macam mana nak guna?

Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
(maksud ayat 35 surah Yassin)
Kacip Fatimah.




Nyamannya duduk-duduk di wakaf sambil memandang laut lepas.


Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
(maksud ayat 38 surah Al Hajj)






Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(maksud ayat 12 surah Luqman)



Yana membawa kami ke 'gift shop'. Yana mahu membeli hadiah untuk kakak-kakak dan Alia.
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(maksud ayat 37 surah ArRum)

Sepanjang denai ada air yang mengalir. Sejuk!
Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.
(maksud ayat 66 surah Al Hajj)
Berehat-rehat di sini sambil menikmati teh stevia. Layan diri.
Saya panggil minah saleh yang lalu-lalu untuk minum sama. 4 orang menyahut panggilan.
Selepas minum, basuh gelas dengan air gunung!
Alhamdulillah.
Bagi peminat alam, tempat ini memang terbaik.!




Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(maksud ayat 36 surah Al Israaq)

Sebarkan senyum sebarkan salam.
Taat Allah Taat Rasulullah.


3 comments:

Dr Singa said...

berkali lalu sini..tak sempat nak menyinggah

tenkiuuu atas info Mamaju

Hjh Noralenna Abbas said...

Banyak tempat menarik di PP rupanya. Ju tak singgah Chocolate Muzium?

Unknown said...

As salam wbt mamaju,

Dimana tmpt ni? Di Penang kah? Menarik betul..! Apa tujuan minyak serai tu disapu ditgn pelancong? Tampak menarik 😊