Monday, December 16, 2013

KEMBARA KELUARGA - ESCAPE, PULAU PINANG (1)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Maksud ayat 8 surah Al Mai'dah)
Alhamdulillah, akhirnya saya bersama 19 ahli keluarga yang lain tiba di Pulau Pinang pada petang 12/12/13
Kami menyewa inap desa di Palmcourt, Tanjung Bungah. Sewa RM 150 dan RM 180 semalam.
Selepas magrib, kami terus menikmati keindahan alam di Padang Kota dan sekitarnya,
Teringin nak rasa  nasi kandar beratur....tapi kena tunggu jam 10.00 malam. Pegawai Masjid Kapitan Keling berkata Nasi Kandar beratur memang istimewa, rasanya berbeza dengan Nasi Kandar Line Clear mau pun Nasi Kandar Beratur waktu pagi.( Kedai sama tetapi taukeh lain. kerusi meja pun berubah jika malam..)
Kami akhirnya makan pasembur di Padang Kota sepinggan RM 20 RM31, RM 17.(Boleh makan ramai-ramai.)
-
Esoknya kami ke Taman Tema Escape.
Anak-anak memang teruja!

Ini pintu masuk Taman ini.
Saya ada terbaca yang pelajar dikenakan RM 45, tetapi bila saya tanya, semuanya dikenakan dengan harga dewasa RM 60. Kanak-kanak 4 tahun ke atas RM 45.
Pesara RM 45.
Dibuka dari jam 9 hingga 5 petang.
 Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(maksud ayat 6 surah Al Hujurat juz 26)


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(maksud ayat 51 surah Al Maidah)



Aktiviti macam nilah yang ada di dalam.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(maksud ayat 2 surah As Saf)

Deko-deko yang cantik.


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
(maksud ayat 144 surah An Nisa')




Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(maksud ayat 9 Al Mumtahanah)


Sebelum nak masuk atuk bagi duit.....
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
(maksud ayat A Li Imraan ayat 100)

Bersiap untuk masuk. Baca dulu tempat yang menarik. Kena beratur.

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.
(Maksud ayat  16 surah At Taubah)

Ini yang mereka cari!
Tali sudah diikat dipinggang, sedia untuk terjun!
Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
(maksud ayat 81 surah Al Mai'dah)

Permainan Tubby Racer.
Kagumnya saya bila adik saya Md Razi dan isterinya Rohaya membawa anak kecil mencuba permainan ini.
Anak -anak kecil ada permainan khas., misalnya 'Discovery dig'. Ini mencari bijih timah.

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
(maksud ayat 25 surah Fusilat)




Bersambung......

Alhamdulillah.

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
Taat Allah Taat Rasullah.


5 comments:

afeezz said...

menarik ni. nak tau lagi permainan aper yg ade kat dalam tuh

Anonymous said...

seronoknye... alhamdulillah...

wana7370

mamaina said...

Salam mamaju... ada di penang ya.. tak mai ke tanah besag ka... mana tau kalau2 boleh dating..dapat kenal di dunia nyata bukan di alam maya saja..

Dr Singa said...

pernah nengok theme park ni di rancangan Sarapan

Kakizan Omar said...

fisrt time tahu,, TQ mama.. :D