Sunday, December 8, 2013

BARANGAN VINTAGE

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya ke Amcorp Mall lagi. Kali ini bersama-sama empat anak saya.
Bila melalui Bangsar South  saya teringat tempat ini - Pantai Dalam yang di penuhi rumah setinggan. Sebelum berkahwin saya tinggal tidak jauh dari situ  di flat Kg Kerinci.
Peminat vintage memang akan selalu ke sini.
Penuh dengan barang-barang nostalgia.
Ini  buku mengenai poskad lama Siam.Ia bukan buku lama.

Di katakan ini poskad pertama Siam- 1880an


Masuk ke Ampcorp Mall, jumpa ini. Rasa tenang....
Di tingkat bawah selain dari meja-meja jualan barangan vintage, ada kedai menjual barangan ini juga. Sangat kagum dengan koleksi tuan kedai. Menurut penjual  bapanya masuk ke kampung-kampung mencari barangan itu.





Ya Allah semua barang lama ada!
Ada berpuluh-puluh seterika lama!
Setiap tingkat ada banyak meja barangan vintage.
Saya tertarik dengan kedai 'Garage' ini. Sangat padat . Saya fikir semuanya barang  koleksi tuan kedai. Kebanyakkannya himpunan permainan lama dari luar negara. Koleksinya memang hebat sekali dan di luar jangkaan saya.



Conteng- Kedai fesyen tetapi di dalamnya ada koleksi barang tembaga seperti tepak sireh,pemain cekera padat lama, semuanya tembaga. Saya terpikat dengan cekera padat berbunga tembaga. Malangnya kedai ini tutup.

Ala-ala pemain cakera lama yang saya suka. Yang ini harganya RM 750 buatan India.Ini bukan vintage. Saya jumpa yang berwarna agak kuning emas harganya RM 3500. Tapi yang saya suka yang berada di kedai Conteng!




Dia bawa tingkap/pintu yang besar! Segan nak tanya harga...
Insya allah saya akan datang lagi.
-

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.

7 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya masih ada typewriter lama.

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

teringat zaman budak2 dulu

pt ส่าหรีสี said...

assalamualaikum mama,
kat rumah saya, masih ada typewriter kesayangan arwah ayah, tapi dah tak boleh ditaip, dah keras, juga ada huruf yang dah tertanggal. Kami tetap akan simpan sebagai kenangan.

Kakizan Omar said...

Barang lama.. tinggal nilainya kan.. :D

Anonymous said...

assalammualaikum kak ju

saya suka lihat dressing anak2 kak ju.

sopan dan menepati ajaran islam

jarang kita jumpa remaja yang paham betul tentang aurat.

ini tentu ajaran ibu ayah.

fawzia

Kakzakie said...

Barangan vintage sekarang besar nilainya. Dulu rumah embah kakak strika tembaga. Tak tahulah mana perginya sekarang...

zino said...

wah macam2 ada tak pernah sampai ke sini lagi..