Thursday, November 14, 2013

RUMAH WARISAN - REMBAU, N9

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
' Dan sebutlah ( nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, ( sentiasa) di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang- orang yang lalai.
(maksud ayat 205 surah A' raaf)
Saya terjumpa rumah ini dalam perjalanan ke rumah pengantin di Rembau.
Kawasannya  agak luas. Sayang rumah warisan ini sudah terbiar...
Jalan masuk pun dah tiada.

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman ( yang sempurna imannya) itu hanyalah mereka yang apabila disebut Allah (kerana keagunganNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka keranNya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.'
(maksud ayat 2 surah Al Anfaal )


Mana agaknya waris-waris rumah ni.

' Dan memimpin orang-orang yang bertaubat kepadaNya( iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.'
(maksud ayat 27, 28 surah Ar Rad)

Tangga batu  masih utuh, yang lain sudah di mamah usia...

'Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa.'
(maksud ayat 24 surah Al Kahfi)

' Barang siapa yang berpaling dari mengingati Allah yang Maha Pemurah. Kami adakan baginya Syaitan. Maka Syaitan itulah yang menjadikan teman yang selalu menyertainya.
(maksud ayat 36 surah Az Zukhaf)



Ianya betul-betul terletak di tepi jalan besar.
-

'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah Barang siapa berbuat demikian merekaitulah orang-orang yang rugi'
(maksuda ayat 9 surah Al Munaafiquun)

-
SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
-
Moga bermanfaat.


5 comments:

eda_ej said...

cantek rumahnye.. warisnya mungkin masing2 dah ade rumah sendiri.. dan berhijrah ke tempat lain mungkin..

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum..
bila sy ke Kuala Pilah selalu juga nampak rumah2 tinggal ni..tp yg ni unik betul kan..sayang sungguh.

Hjh Noralenna Abbas said...

Waris dah migrate ke tempat lain. Kesian rumah warisan tu. Senibina zaman dulu.Kalau nak baiki, tentu kos tinggi

Dr Singa said...

warigh dah jadi warga kota mungkin..

cantiknya kak!
kat tepi jalan besar?
jalan kat Rembau..?jalan dari mana ke mana?
[ maknanya.. nak mencari lah nii.. !! ]

Daddy Ziyyad said...

Kalau balik ke kampung nenek saya di Rembau...mmg saya akan lalu di kawasan ni....Rumah ni dah lama terbiar...di tepi jalan kat pekan Kota tu kan? hihihi