Sunday, October 20, 2013

TAMPOK KAMPUNGKU / KEISTIMEWAAN NABI SULAIMAN DALAM SURAH AN NAML DAN SABA' )




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Barang siapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri dan barang siapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan'
(Terjemahan ayat 15 surah Al Jasiyah )


Papantanda ini  terletak di tepi jalan berhampiran rumah  emak.
Sebenarnya jauh berpuluh km lagi, adalah satu jam perjalanan...

' Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ILMUU PENGETAHUAN kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.'
(maksud ayat 15 surah An Naml)
'Dan Nabi Sulaiman mewarisi ( pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud : dan ( setelah itu) Nabi Sulaiman berkata "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap sesuatu (yang diperlukan): sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia ( dari Allah) yang nyata.
(maksud ayat 16 surah An Naml)

Tampok laut.

'Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya dari Jin dan manusia serta burung. lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
(maksud ayat 17 surah An Naml)

Nak masuk ke sini  dalam 3,4 km nampak jambatan dan wakaf.
Lepas tu jumpa taman permainan.. Ada orang memancing....
Lalang tinggi-tinggi.

' (Maralah angkatan itu) hingga sampai ke wadi Naml, berkatalah seekor semut " wahai sekelian semut masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya  memijak dan membinasakan  kamu sedang kamu tidak menyedari."
'Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman  mendengar kata-kata semut dan berdoa " Wahai Tuhanku , ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu  yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dalam limpah rahmatMu- dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.'
(maksud ayat 18. 19 surah An Naml)
  Lalang.
'Dan Kami kurnikan kepada Nabi Sulaiman KUASA menggunakan angin untuk perjalanannya. sepagi perjalannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya menyamai perjalanan biasa sebulann dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga dan Kami (mudahkan) sebahagian JIN untuk bekerja di hadapannya dengan izin tuhannya.Dan sesiapa daripada Jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami , Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
(maksud ayat 12 surah Saba')

Ada juga beberapa jenis bunga.

'Golongan Jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki  dari bangunan-bangunan tinggi dan patung-patung dan pinggan-pingan hidangan yang besar seperti kolam , serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan):" Beramallah kamu wahai keluarga Nabi Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.'
(maksud ayat 13 surah Saba')

Jalan masuk nelayan ke perahu...uzur sangat!
Tempat pelawat menikmati hutan bakau pun dah reput...
Memang sudah sampai masanya berganti!


'Setelah Kami tetapkan berlakunya KEMATIAN NABI SULAIMAN, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih ( anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamamnya di dalam azab ( kerja berat) yang menghina.
(maksud ayat 14 surah Saba')



Pemandangan di muara. Banyak perahu nelayan. Emak pernah membeli ikan dan udang satu masa dahulu.
Saya, arwah abah, emak , beradik dan anak-anak saudara pernah menaiki perahu besar untuk ke tengah hingga tepian laut.
Dari sini juga boleh ke Pulau Pisang. Mereka mengenakan RM 350 untuk perjalanan dan bermalam di sana.

siput apa ntah..
Nelayan memulakan tugas.

Sungai Tampok  mengalir lesu.....

Nikmatilah 'keindahan kg kita'

Ya Allah, serikanlah mukaku dengan NurMu pada hari di mana segala muka-muka wali Engkau putih berseri. Janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari di mana segala muka-muka musuhMu akan hitam legam.
Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku dari api neraka. Amin.
-

4 comments:

Dr Singa said...

cantik muara tu..

JunAina said...

Suasana yang akan sentiasa mengimbau kenangan.

pt ส่าหรีสี said...
This comment has been removed by the author.
pt ส่าหรีสี said...

AsSalam mama,
cantik tempat tu terutama muara