Saturday, October 19, 2013

RENGIT- KAMPUNGKU / NABI IBRAHIM DLM SURAH AN - NAHL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selamat datang ke Rengit.
Inilah pekan di tempat saya. Kalau balik kampung, hari- hari ke pekan ni.

'Sungguh, Ibrahim adalah seorang imam ( yang dapat dijadikan teladan) patuh kepada Allah dan hanif. Dan dia bukanlah termasuk orang musyrik ( yang mempersekitukan Allah)
Wah, cantiklah ada lampu-lampu macam I City. Alhamdulillah.

' dia mensyukuri nikmat- nikmatNya. Allah telah memilihnya dan menujukinya ke jalan yang lurus.'
(maksuda ayat 121 surah An Nahl)

Ada wakaf untuk berehat. Sebelah ada sungai. Di atas sungai di dirikan wakaf juga. Menarik.

' Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia termasuk orang yang salleh.'
(maksud ayat 122 surah An Nahl)

Parkir  di sini.

'Kemudian Kami wahyukan kepadamu ( Muhamad), " Ikuti agama Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah termasuk orang musyrik."


Tenguk gambar baru perasan, lampu bertukar-tukar warna.




Ini Arifah, anak saudara suami yang belajar di UTHM. Arifah beraya di kampung saya.

Alhamdulillah. Moga tempat ini terjaga...

' Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.'
(maksud ayat 128 surah An Nahl)


Sebarkan senyum sebarkan salam.
Jom bersilaturrahim.

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama

waaa... meriah Rengit sekarang yerrr

rosli said...

As Salam Mamaju,

Hebat betul Rengit skrg....ada lampu liplap liplap....semakin cantik dan meriah

Jun Cupcakekasih said...

Salam dari USJ....Menarik juga Rengit. Tak pernah sampai ke sana...

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,
Cantik gemerlapan bandar Rengit..

kaknor tmj said...

assalammualaikum ju, cantik Bandar rengit sekarang, dah ada lampu3 mcm I-city

Kakzakie said...

Kakak dah selalu lalu tapi tak pernah lalu malam jadi tak jumpalah lip-lap lampu tu...

Dr Singa said...

saya pernah sampai sekali sini
ke pasar barang sekenhen tu..

big jack SMTS 89 said...

big jack
assalamualaikum...,
cantik gambar waktu malam kat rengit, selain lampu
warna warni, sungai yang makin cantik, barang2 2ndhand,
hotel ada kfc ada n satu lagi jgn lupakan cendol ALI
warisan turun temurun dulu kini dan selamanya
heh, heh,heh, teringat masa kecik2 klu pegi rengit mesti
pekena cendol, kebetulan malam tadi ke rengit jumpa
dgn penjual cendol pak ALI da sampai kat cucu dia,
kebetulan junior satu sekolah kat SMTS
my old... school ( first batch form six )