Thursday, October 17, 2013

SATU HARI DI HARI RAYA / DOA NABI IBRAHIM DLM SURAH IBRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan ( ingatlah) ketika Ibrahim berdoa "Ya Tuhankum jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala.
(maksud ayat 35 surah Ibrahim)
Selasa 15/10 hari raya korban. Masak-masaklah juga.. Lauk pauk meriah macam raya adil fitri. Pakcik Alim memberi ketupat dan lepat pulut.
Ramai juga jiran yang menghantar lauk pauk
Ya Tuhan, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak manusia. Barang siapa  mengikutiku, maka orang itu termasuk golonganku dan barang siapa mendurhakaiku, maka Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(maksud ayat 36 surah Ibrahim)
Selepas sembahyang raya.
'
Ya Tuhan sesungguhnya aku telah menempatkann sebahagian keturunanku  di lembah yang tidak  mempunyai tanam tanaman di dekat rumah  Engkau ( Baitullah) yang di hormati. Ya Tuhan ( yang demikian itu) agar mereka menlaksanakan solat , maka jadiikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.'
(maksud ayat 37 surah Ibrahim)
Balik sembahyang raya terus mengupas mangga yang jatuh berselerak di tepi rumah.
Lepas sembahyang baru makan beramai-ramai.

' Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami tampakkan. dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah  baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.'
(maksud ayat 38 surah Ibrahim)

Lepas  makan, dua kereta ke rumah pakcik Alim untuk program korban, satu kereta lagi ziarah  raya.
- Masing-masing dengan Cool Blog.-
Kami ke rumah makcik Yini di Sri Merlung. Ini makcik ke 7 saya.
Makan kuih Tako yang sedap. Ambil peluang belajar  sarung kuih daripada daun pandan.
-
Ya Tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku  orang yang tetap melaksanakan solat. Ya Tuhan kami perkenankan doaku.'
(maksud ayat 40 surah Ibrahim)
Ini sengkung cina, antara bahan untuk membuat tako.
Saya membawa makcik Yini ke rumah pakcik Alim di Belahan Tampok. Tiba, Pakcik sedang menguruskan lembu yang dikorban.
Pakcik Alim adalah pakcik saya  nombor 18.

'Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan. (hari kiamat)
Melapah bersama.
Orang perempuan pun tolong sama memotong daging, menimbang dan membungkus.
Suka tenguk pokok anggur yang menjalar di atas para-para.

Paksik Abdullah Jaya ( pakcik ke 21) bersama Akmal membersihkan bahagian kepala.
Ini adik saya Mohd Razi.

Ini sepupu terbaru saya. Anak pakcik Abdullah Jaya( berusia 2 bulan) dan makcik Norashikin ( berusia sebualn), makcik bungsu - ke 22).
Nama -lupalah....

Alhamdulillah. suka dapat bertemu dengan saudara mara. Bertemu makcik Siti Aminah (no 11). makcik Setiyah ( no 15), makcik Fatimah ( no 17) dan makcik Murni ( no 20)  juga nak-anak mereka.


Ya Allah , bantulah akan daku supaya dapat selalu menyebut namaMu, bersyukur kepadaMu dan membaguskan ibadahku terhadapMu.

Sebarkan senyum sebarkan salam.
Jom bersilaturrahim.










5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama

tak pernah dengarlagi kuih tako

Kakzakie Purvit said...

Besar betul keluarga Kak Ju. Meriah kalau macam tu kan.. kenduri-kendara dgn saudara sendiri dah penuh khemah..

JunAina said...

Salam...

Ramainya keluarga Mama, ingat pulak tu semua nama2.

Hari raya adalah hari terbaik mengeratkan silaturrahim mendekatkan anak2 kita kepada sanak saudara.

Dr Singa said...

salam Aidil Adha kak!!

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,

meriahnya raya dan korban