Saturday, October 12, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW, keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda.

'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama dengan orang-orang  yang zalim itu'
(maksud ayat 47 surah Al A'raf)

'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawaqqal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy.'
(maksud ayat 129 surah At Taubah)

Berpagi-pagi.....
Suami saya suka dengan pokok cili ini. Ianya cuma dua pokok yang ditanam dalam plastik beg, tapi  subur dan sekarang macam mabuk berbuah. 
Tiap hari suami saya petik sebiji dua. Biasanya buat ulam. Buang dulu bijinya sebelum makan.
Ia cili muda tak pedas pun.

Sebelah cili ada kedondong yang setia berbuah. Suami saya akan mengikis kulitnya dan menghiris nipis-nipis untuk dibuat ulam juga.
Abaikan lampu condong terkena pokok tumbang.



 
Daun anggur yang berlubang-lubang. Sempat lagi membuang di situ....
'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu untuk memohon kepadaMu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuni aku dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku nescaya aku termasuk orang yang rugi.'
Cili padi baru belajar berbuah.
Timun sudah ada empat daun!

Salad coklat ini sudah beberapa kali dibuat ulam.
Laman dapur agak tak terurus. Macam-macam ada.
Sesak.

Pagi ini saya memetik 3 helai daun Teh Afrika. Saya tumbuk lumat, gentelkan dan boleh terus telan dan terus minum segelas Tak terasa pahitnya berbanding makan begitu saja. Ia sangat-sangat pahit! .( Saya ikut petua/amalan Dr Hasnah Che Ismail)
Wajah bunga peria semalam
Hari ini dah kembang..
Semalam peria ni dah kuning. Cepatnya peria masak. Boleh buat benih.







Maaf, banyak cerita  pasal peria pulak.

Memanjat bumbung!
Lotus mula nak bergaya- Gambar semalam.
Gambar semalam dan hari ini.






Suka-suka-suka tengok Lotus!
Alhamdulillah.


SEBARKAN SENYUM
SEBARKAN SALAM
SEBARKAN SILATURRAHIM.

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Suka warna pink lotus n kuning bunga peria. Hijau cili hijau pun menarik.

smRose said...

Geram tengok cili hijau tu, sy pun suka cili hijau buat ulam, sedap!

Dr K said...

Boleh subur ya pokok cili dalam polibeg tu...saya nak try la tanam juga :)

Unknown said...

Berbudi pada tanah... memang berbaloi.. Alhamdulillah. ..