Wednesday, October 23, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU- SELEPAS HUJAN / NABI AYUB DLM SURAH SHOD

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Menikmati titik-titik air hujan di celah-selah daun. Besarnya nikmat Tuhan.
-
'Dan ( ingatkanlah peristiwa ) hamba Kami : Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata " Sesungguhnya aku diganggu Syaitan dengan ( hasutannya semasa aku ditimpa) kesussahan dan azab seksa ( penyakit). ( Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu", ( setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya):"Ini adalah air sejuk untuk mandi dan minum ( bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)."
(maksud ayat 41,42 surah Shod Juz 23)

Macam tak terkena hujan .
Kebesaran Tuhan, pokok timun ini masih sangat kecil ( ada 4,5 daun) tapi sudah berbunga) Subhanallah.

Kudup bunga timun.
' Dan Kami kurniakan ( lagi) kepadanya- keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna. ( supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang)'
(maksud ayat 43 surah Shod)
Suami saya menabur benih peria. semasa nak pulang beraya ke kampung  minggu lepas.
Alhamdulillah, ia menjadi. Pokok yang mudah tumbuh.
Daun kedondong.

' Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya) " Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah ( isterimu) dengannya. dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub seorang yang  sabar : sebaik-baik hamba: sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali ( kepada Kami dalam ibadahnya.'
(maksuda ayat 43 surah Shod)


Daun layu, ada penghuni rupanya.


Ciku yang tak besar-besar.
Kudup kacang botol. Pokok ni kami tak tanam pun.


Kudup salad. 

Anak cili tumbuh dengan banyaknya.



Alhamdulillah.
Ya Allah, izinkan kami selalu menyebut namaMu, sentiasa mengingatiMu dan  membaguskan ibadat kami.


Sebarkan senyum sebarkan salam.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

5 comments:

che mid said...

Salam Mama, kalau petua orang dulu-dulu, air embun di daunan tu elok sapu dimuka dan badan selepas subuh..utk awet muda dan sihat..

Kakzakie Purvit said...

Nabi Ayub kena hasut syaitan sedar, mohon pada Allah, tapi kita sudah ditegur berkali-kali pun masih tak sedar.. Allah...

Kacang botor (kakak panggil kecipir) kalau dan tumbuh susah mati tau Kak Ju. Puaslah kalau nak berulam.

JunAina said...

Perkongsian mama selain menyejukkan hati juga menyejukkan mata.

Dr Singa said...

salam Mamaju..
segar-segar tumbuhan tu kena air embun!

Dr K said...

Salam Mamaju...
Nampak buah ciku tu, baru sedar dah lama betul tak makan ciku!