Wednesday, October 2, 2013

DILINDUNGI ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah saw , keluarga dan sahabat baginda.

'Wahai Tuhanku aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-Syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-Syaitan itu tidak menghampiriku'
(maksud ayat 98,99 surah AlMukminun Juz18)

Hadis tujuh golongan yang akan dilindungi Allah:

-Imam (pemimpin) yang adil.
-Pemuda yang beribadah kepada Allah.
-Mereka yang terpaut hatinya pada Masjid.
-Dua orang yang berkasih sayang- bertemu dan berpisah kerana Allah.
-Lelaki yang digoda untuk melakukan maksiat tetapi menolaknya dan berkata " Aku takutkan Allah"
-Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya itu.
-Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehingga mengalir air mata keranaNya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

'Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Pemaaf lagi Pemurah. Maha Suci Allah Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar, Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon kepadaMu segala yang menyebabkan aku memperolehi rahmatMu dan ampunanMu dan memperolehi keuntungan dari segala kebajikan dan kesejahteraan dari segala dosa. Janganlah Engkau tinggalkan bagiku akan sesuatu dosa dengan tidak Engkau mengampuninya dan sesuatu kegundahan dengan tidak Engkau lapangkannya atau menghilangkannya dan sesuatu hajat yang Engkau redha yang tidak Engkau penuhi. Terimalah wahai Tuhan yang Maha Rahim'

-
Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
Cinta Allah Cinta Rasulullah.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Indah sungguh...terima kasih, Ju

pt ส่าหรีสี said...

Terima kasih mama kerana sentiasa berkongsi ilmu di laman ini.
Alhamdulillah

azlina said...

assalamualaikum kak ju..
terima kasih ats perkongsian ilmu di atas