Tuesday, September 3, 2013

SILATURRAHIM KE MUAR, KLUANG, BANDAR TENGGARA DAN JB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-NYA , tidak ada yang mengetahui selain DIA. DIA mengetahui segala apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur tidak diketahui-NYA. Tidak ada sebutir biji pun yang dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering  yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata ( Lauh Mahfuz)
(maksud ayat 59 surah Al An'am)
Hampir menghujung raya. Bersilturrahim lagi.
Jam 3 lebih kami telah tiba di Parit Nawi  Muar ke rumah adik arwah abah, Cik Mintan.
Alhamdulillah Hamir pun ada.

Setelah berbual-bual dengan makcik, kami ambil peluang melihat hasil kerja Hamir.
19/9 ni , hasil karya Hamir antara yang akan dipamerkan di Matrade, KL.
Tahun depan, pameran solo beliau akan diadakan di Publika.
Anak Kamal , abang Hamir mungkin akan mewarisi bakat seni Hamir.( ?)
Beriya-iya Najah menunjukkan lukisannya kepada saya.

'Dan DIAlah yang menidurkan kamu pada malam hari dan DIA mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari. Kemudian DIA membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah di tetapkan. Kemudian kepada-NYA kamu dikembalikan, lalu DIA memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.'
(maksud ayat 60 surah An'am)
Hamir antara artis komtemporari negara,
Lukisannya pernah berharga xxx,xxx





Jam 7.30 tiba di rumah adik di Kahang barat, Kluang. Tak lama di sini'
Adik saya sangat meminati model kereta dan model kapal. Mau penuhlah ...


Kami teruskan lagi ke Bandar Tenggara, sampai anggaran jam 9.40 malam.
Ini rumah adik bungsu suami saya Ramzan.

' DIAlah yang menciptakan langit dan bumi  dengan hak ( benar), ketika DIA berkata," jadilah" Maka jadilah sesuatu itu. Firmannya adalah benar dan milikNyalah segala kekuasaan pada waktu sangkakala ditiup. DIA mengetahui yang ghaib dan yang nyata. DIAlah yang Mahabijaksana, Maha teliti.
(maksud ayat 73 surah An'am)
'Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk.'
(maksud ayat 82 surah Al An'am)

Dari Bandar Tenggara kami terus ke Johor Bharu ke rumah adik saya, Md Razi.
Kami bermalam di sini.
Mereka sekeluarga baru balik ziarah.

Akram Muzafar dan Ain Mardiah yang terus ceria walau dah jauh malam.
'Kami memohon ampun kepada  Allah yang tidak ada Tuhan selain DIA yang hidup dan selalu jaga dan kami bertaubat padaMu'


Alhamdulillah.






6 comments:

JunAina said...

Perjalanan jauh yang semakin mengeratkan silaturrahim sedia ada. Syukur alhamdulillah...

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah round satu Johor cari saudara mara.

Dr Singa said...

saya tak tau pun ada nama Parit Nawi di Muar!!

Kakzakie said...

Siap dari utara Johor sampai selatan Johor Kak Ju beraya ye:)

ส่าหรีสี said...

Seronoknya bersilatulrahim dengan saudara mara pada syawal ni.

atuk said...

Assalamualaikum Mama

moga silaturrahim terus terukir dan diberkati