Saturday, August 31, 2013

SYAWAL 24 - REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai Tuhanku aku berlindung kepadaMu daripada hasutan syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku supaya syaitan-syaitan tidak menghampiriku'
(maksud ayat 97,98 surah al Mu'minun)

Alhamdulillah, pokok-pokok ini masih subur walau pun ditinggalkan 5,6 hari raya lalu.
Pokok kesidang di sebelah kerusi ni sahaja yang layu tapi alhamdulillah ia kembali segar selepas disiram air.


Nampak berserabut sikit.
Sewaktu ke rumah kenalan baru saya di Kanchong Darat dulu, beliau menghulurkan buah nona yang dah masak. Buahnya manis! saya tanam bjijnya dan inilah hasilnya.



Suami saya teruja dengan pokok salad.
Tup-tup kat celah pagar ni ada buah markisa!
Mulberi.

'Wahai Tuhanku, berilah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkau sahaja Pemberi rahmat'
(maksud ayat 118 surah al Mukminun)




Macam-macam ada, kunyit, peria, kucai dll. Kira taman caca marba.
Limau kasturi berbuah banyak!

Peria di dapur.
Penghibur hati Maisarah Hawwa'

Moga tanah  sekangkang kera yang ada bermanafat untuk kami sekeluarga. 






8 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...


Buah malberi tu mac ulat bulu, ye ju.

ส่าหรีสี said...

AsSalam mama ju,
Tanah yang ada benar-benar dimanfaatkan. Laman berseri dan cantik sekali. Tambah lagi adanya bidadari kecil yang comel itu.

makcikkantin said...

bestnya rumah mama ju...hijau.

rumah makcik lagi kecik...ada jugak hijau tapi mak mentua yg tanam...makcik ?? hehehe males!

Kakizan Omar said...

waahh.. rajin tu mama ju.. Selamat Hari Raya mama.. :D. lama tak jengah umah mama nie.. :D

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

masa kecil2 dulu selalu makan buah mulberi

Kakzakie said...

Kira luas tu Kak Ju tanahnya kalau nak banding rumah kakak lagilah secoet aje. Jadi tanam dlm pasu semuanya...

Dr Singa said...

saya kagum
sejuk sungguh tangan akak!!

mamaina said...

suka tengok republik hijau MamaJu.. republik saya hijau ngan rumput liar je...