Monday, September 16, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maha Berkat ( serta Maha Tinggilah) kelebihan Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia akhirat) dan memanglah Ia Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu'
(maksud ayat 1 surah al Mulk)

Berdoalah dengan ayat ini sebagai benteng daripada seksa neraka  dan dimasukkan Allah ke syurga- Petikan buku 101 Doa- Dr Zahazan- Telaga Biru -RM 19.90.


Alhamdulillah, berpagi-pagi di taman.

Gambar lama ketika mangga penuh buah.

Gambar baru, buah dah habis, pucuk baru dah mula naik.

Gamabr lama-
Gambar baru- antara buah terakhir.


Anak salad. Dalam satu peket ada beratus-ratus anak benih salad. Saya beli dua peket satu salad hijau san satu lagi salad coklat.



Suka dengan salad. Sedap dibuat ulam.
Asalnya nak mati, Alhamdulillah berbuah sudahnya dua pokok cili ini.
Macammana nak bagi ia naik cantik?
Hehe saya ikat dengan tali rafia untuk sementara waktu.
Bertahun-tahun teringin pokok ni, tapi baru kemarin beli.
Kesidang cuba menghutankan rumah kami...

Delima.
Kemarin ada, semalam dah jatuh...
Akar Dani menjalar di pagar.

Satu lagi pekerjaan suami saya, biasanya tiap minggu menebang tebu dan memotongnya kecil-kecil.
Dah siap potong kiub baru anak-anak pandai makan.
Dulu-dulu masa remaja saya gigit/ kupas kulit tebu dengan gigi dan makan isinya.
Mulberi muda.
Mulberi masak- yang hitam.
Nampak semak kurang jaga.

Itulah....

'Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah , maka tidak ada suatu pun yang dapat melepaskannya. Dan ( ingatlah) Dialah sahaja Ynag Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana'
(maksud ayat 2 surah Fathir)

SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.








8 comments:

pt ส่าหรีสี said...

assalamualaikum mama,
ceria dengan republik taman hijau mama pagi Hari Malaysia ni

kaknor tmj said...

sejuk mata memandang pokok2 di republic taman hijau ju, benih salad ju beli dari mana

afeezz said...

assalamualaikum mama

lama dah tak tengok pokok yang daunnye berlubang2 tuh... hehehe

JunAina said...

Seronok dapat tanam2 dan nikmati hasilnya, puas hatikan mama Ju.

smRose said...

Salam Kenal,

Cantiknya taman, mesti tenang jer jiwa bila duk kat situ kan

Anonymous said...

assalam kak ju,

seronoknye ada tmn utk menanam.... sy teringin tp nak buat mcm mane, apartment....

bestnye taman akak, tenangnye bile bersantai bersama keluarge terutama semasa menikmati juadah petang, subhanallah....

wana7370

Dr Singa said...

sejukkk mata nengok pokok mamaju tengah-tengahari ni!!

atuk said...

Assalamualaikum Mama

mulberi tu manis tak