Friday, September 6, 2013

11 GOLONGAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan Tuhan kamu berfirman "Berdoalah kamu kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(maksud ayat 60 surah al Mukmin Juz 24)

'Sesungguhnya AKU( ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka): AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada KU'
(maksud ayat 186 surah al Baqarah Juz 2)

11 Golongan yang didoakan malaikat menurut buku tulisan Walid Faruqi terbitan RAZA publicatian.

1  Orang yang tidur dalam keadaan suci.
2  Orang yang ternanti-nanti waktu solat.
3  Orang yang berada dalam Saf hadapan.
4  Orang yang memenuhkan Saf.
5  Mengucapkan Amin bertepatan dengan ucapan Amin malaikat.
6  Orang yang duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat.
7  Orang yang melakukan sembahyang subuh dan Asar berjemaah.
8  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9  Orang yang membelanajakan hartanya ( infaq)
10Orang yang sedang makan sahur.
11Orang yang melawat orang sakit.

Menurut ulama, jumlah sebenar malaikat tidak dapat dihitung keran terlalu ramai.
Umat islam diwajibkan BERIMAN dengan 10 malaikat.

1- Jibrail bertugas menyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul.
2- Mikail menguruskan rezeki dan menurunkan hujan.
3- Izrail, mencabut roh makhluk dengan perintah Allah SWT.
4- Israil , meniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat.
5- Mungkar. menyoal si mati di alam kubur.
6- Nakir, menyoal si mati di alam kubur.
7- Raqib, mencatat amalan kebaikan manusia.
8- Atid, mencatat amalan keburukan manusia.
9- Ridhuan, penjaga syyurga.
10- Malik, penjaga neraka.

Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga
(maksud ayat 25 surah Al Baqarah Juz 1)

Ya Allah, kami mengharap kepada Mu , keredhaanMu dan memohon syurgaMu dan kami berlindung dengan Engkau dari kemurkaanMu dan dari neraka. Ya Allah, bebaskanlah kami kelak dan ibu bapa dari neraka jahanam.
Amin.


5 comments:

Anonymous said...

terima kasih di atas perkongsian ilmu... alhamdulillah...

wana7370

Kakzakie Purvit said...

Semuanya mudah utk dilakukan tinggal nak dengan tak nak aje..

pt ส่าหรีสี said...

Terima kasih kak, sama-sama kita manfaatkan ilmu ini

Hjh Noralenna Abbas said...

Ameen Ameen Ameen......

makcikkantin said...

Aaminn....