Tuesday, August 20, 2013

RAYA RUMAH DATO'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal : iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( sambil berkata) Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka'
(maksud ayat 190-191 surah A Li Imraan)
Masih raya lagi.
Ini di rumah Dato' F di Seksyen 9, Shah Alam.
Kami sampai lepas sembahyang isyak di Masjid negeri.

Terlihat deko lampu, cantiknya! surah An Nas.

Saya dan tuan rumah Datin Z
Dapatlah memanjang-manjangkan ukwah walau saya hanya kenal 2,3 keluarga.
Ini keluarga Pengetua SMA Wilayah Ustaz Aziz .

Keseluruhan tetamu adalah orang-orang kedutaan.

'Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya "Berimanlah kamu kepada tuhan kamu' Maka kami pun beriman . " Wahai Tuhan kami. ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti'
(maksud ayat 192 surah A Li Imraan)

Anak sapalah ni...
Suami teruja bertemu dengan pasangan yang dah menetap 30 tahun di Sweden. Macam-macam kisah  Teringatlah kisah  suami di Sweden dulu dengan hanya tiga keluarga melayu di sana.
-
Alhamdulillah.


SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH.





6 comments:

Kakzakie said...

Kalau dah rumah Dato' biasalah kan Kak Ju mesti gah dan tetamu pun duta-duta...

Daddy Ziyyad said...

Lampu hiasan surah An Nas tu mmg menarik la..:)

Hjh Noralenna Abbas said...

Masih sana sini raya, ye Ju.

ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum kak,
Salam perkenalan daripada saya Phee Ti. Saya singgah ke blog akak ni melaui SEKILAU One (Kak Hajjah Noralenna. Tengok gambar2 dalam blog ni semuanya happy. Keluarga ceria. Alhamdulillah.
Terima kasih.

afeezz said...

pic makanan takde ke mama?

JunAina said...

Salam...

Kak lampu tu cantik sangat, berkenan pulak saya.