Tuesday, July 2, 2013

ULFA - UIA- TeenACE - KMB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya'
(maksud ayat 8, surah A Li Imraan)
Aduhai cantiknya senibina banguanan UIA ini.
Moto - Taman Ilmu dan Budi.
Didirikan di atas tanah seluas 700 ekar di Gombak, Selangor.
Ia ditubuhkan secara rasmi pada 1983 dengan Tun Husien Onn sebagai Presidennya.
Perpustakaan.

Sebenarnya satu hari dan satu petang kami ke sini menemankan Ulfa yang bermesyuarat di sini.
Ulfa bersama kawan barunya - budak MA Sains Sukan USM. Mereka sama-sama terlibat sebagai krew untuk projek LangitIlahi- Hilal Asraf.

Penglibatan pertama Ulfa dalam Konvensyen Remaja.
Masjid yang cantik ini duduknya di tengah-tengah pusat aktiviti.
Cantik sangat.
Gambar bawah daripada laman sesawang UIA
aspiration
Minggu ini pada 28.6.13 kami hantar Ulfa ke Pucuk Rebung. Konvensyen Teen Ace diadakan di sini.
Ia berjalan selama dua hari.
Photo: Gambar dalam Dewan Kristal, TM Convention Centre, Menara TM Bangsar. Bertungkus lumus untuk persiapan TeenACE hari esok.

Jumpa anda di sana!

Pendaftaran walk-in RM150 masih dibuka.
Sementara menunggu krew lain tiba, kamilah duduk- duduk di kerusi ni. Cantik dewan ni. 
Ulfa seronok diberi peluang untuk menjadi krew teknikal/ prokotol/ MC. Banyak benda baru  yang dia belajar.
29.6.13 - 30.6.13 Konvensyen Teen ACE diadakan. 1000 remaja menyertainya.
Ramai remaja popular dijemput antaranya Anwar Hadi.
Gambar  LangitIlahi 
Imam Muda Asraf.
Gambar LangitIlahi.
Photo: Sesi pentas Fatih Sefaragic.

Beliau menghadiahkan sebuah nasyid kepada peserta-peserta Konvensyen Remaja TeenACE.

Nasyid 'Ghuraba'
Fatih Stragenic adalah remaja Amerika yang ditunggu-tunggu.
Fatih sering menjadi imam disana. Beliau popular di YouTube.

Ulfa diberi peluang menjadi MC untuk slot Fatih.
Gambar Langit Ilahi.
Amin Idris juga hadir dengan magnet diri.
Ulfa setelah selesai sebagai sukarelawan!
Hari ini 2/7/13 Ulfa ke KMB Banting.
Sepetang kami di sana.
Pusing punya pusing rupanya KMB ni 35 km dari kediaman kami!

Moga berjaya dalam IB.
Amin.

'Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Ia sebaik-baik pengurus ( yang terserah segalaNya segala urusan kami)'
(maksud ayat 173 surah AlI  'Imran)

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat belajar Ulfa.

kaknor tmj said...

Alhamdulillah....di usia muda lagi Ulfa sudah terlibat dlm kerja2 sukarelawan yg bermanfaat, jadi mc lagi utk acara yg 'besar'...syabas Ulfa

Kakzakie Purvit said...

Kalau boleh jadi MC utk Fatih punya slot memang hebatlah.

Taniah buat Ulfa dan tak lupa keluarganya juga kan:)