Friday, June 28, 2013

RUMAH LAMA KUALA KANGSAR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ini perjalanan di Kota Kuala Kangsar.
Saya terlihat ada empat rumah lama. Puan Muslimah mengajak saya menjejaki satu rumah darinya.
Menurut beliau rumah ini kerap digunakan dalam pengambaran.
-
Saya google untuk mencari maklumat rumah ini. Hampa...

Kawsasannya terjaga bersih.


Saya tak biasa meninjau-ninjau rumah lama. 

Pintu berkunci, dalamnya kosong,. Berapa lama dah ditinggalkan agaknya?
Ruang penyambung antara rumah batu dan kayu.
Saya menjenguk seketika ke sini. Rasa macam bahagian dapur.
Nak ke belakang saya beri salam, mana tau ada sesiapa...
Saya tak berapa berani nak ke belakang lagi.
Dalam gambar ni baru saya perasaan ada sekolah di belakang ni.


Pintu belakang ke dapur.

Tinjau-tinjau lagi bahagian depan rumah.


Suami kata ambillah birai hiasan di bumbung tu! hehe dari jauh buat arahan.
Tiba-tiba bateri  kamera pun habis....

Dalam gambar juga baru perasaan, ada tiang bendera. Rumah orang bangsawan agaknya.
-
Orang Kuala Kangsar ...tolong cerita sikit...

9 comments:

Dr Singa said...

sukanya saya gambar-gambar itu mamaju!!
tenkiuu!!

kaknor tmj said...

masa kak remaja dan masih bersekolah di sana , rumah tu telah pun kosong , klu tak salah rumah tu pernah dijadikan sekolah swasta dan dikatakan kepunyaan keluarga diRaja Perak

Daddy Ziyyad said...

Rumah ni rasa rasanya mesti jadi pilihan utk pengambaran filem2 hantu kan Mamaju? hahahaha...

Maybe rumah pegawai2 Inggeris zaman sebelum merdeka kot...

Kakzakie said...

Kalau dah tak ada org yg duduk biasa ada benda lain duduk yg tak nampak mata kita Kak Ju. Kalau kakak memang penakut dlm kepala fikir hantu aje..

azlina said...

assalamualaikum kak ju/mama ju..

ina nak hubungi akk tak dapat..lama tak berbelog ni..
garap akk sempat baca komen ni..
ina nak jemput akk ke majlis kenduri perkhawinan anak ina pada 7.7.13 ni..akk datang yea ina ikhlas menjemputnya...
kalau akk ada fb akk add ina di fb ina ni..
https://www.facebook.com/azlina.hjhashim

Hjh Noralenna Abbas said...

Sesuai jadi rumah cerita-cerita seram.

afeezz said...

saya pon baru balik dr kuala kangsar. ade nampak 1 jer rumah tinggal. nampak scary jer

arif Bim said...

pemili rumah ini ialah Raja Abdul Rashid Sultan Idris Shah I pada 1958,Raja Bendahara Perak..waris ketiga takhta Kesultanan Perak selepas Raja Muda Perak dan Raja Dihilir Perak..gelaran Raja Bendahara Perak telah dimansuhkan selepas kemangkatan Raja Abdul Rashid kerana mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, gelaran Bendahara adalah untuk orang kebanyakan dan bukannya keturunan diraja.
Didalamnya juga terdapat terowong menuju terus ke stesen keretapi malangnya telah dikambus atas fator kkselamatan...sy pernah masuk didlm umah ini dibawa oleh penjaga umah ini,terdapat perabot2 lama dan pintu masukk terowong telah ditutup..

nur hafizah said...

Salam. Boleh tahu sumber nya dari mana?