Wednesday, July 17, 2013

SALAM 8 RAMADAN - TOK DAN CUCU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
' Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah ( dan sifat-sifatnya ) gementarlah hati mereka : dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah'
(maksud ayat 2 surah Anfaal Juz 9 )
'Iaitu orang yang mendirikan sembahyang  dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia.( di Syurga)
(maksud ayat 3,4 surah Anfaal)
Tok nak ke Giant bersama cucu-cucu'
Tok tak boleh sorang, tok mesti bawa satu cucu satu bodyguard!
 Barulah Tok boleh nak ronda-ronda satu Giant.

-
'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi;
(maksud ayat 23 surah al A'raf)

Sempat pulak Sarah Hawaa' posing..
-
'Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk ( mendapat nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali menperolehi petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami. ( dengan taufikNya)
(maksud ayat 43 surah a; A'raf)

Depan troli G pun Madihah Humaira' boleh posing...
Apa dah jadi dengan Sara?
-
'Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim'
(maksud ayat 47 surah al'Araf)








Terlepas dari tangan bodyguard...
-
'Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan islam ( berserah sepenuh hati kepadaMu)
(maksud ayat 126 surah al A'raf)

Tok N melayan cucu.
-
'Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu kerana Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani'
(maksud ayat 151 surah al A'raf)
Malihah  Wafa' baik-baik saja di dalam troli.
Sarah kata nak ke kedai buku!
Sampai di kedai buku, nampak pulak makanan ringan . Tok biarkan, beriya Sarah dan Malihah belek satu-satu sambil terangkan kat Tok. Tak pulak mereka minta nak beli. Pandai kakak mereka Madihah memberitahu adik-adiknya " tak halal tu" Tak ada tanda halal Jakim.
-
'Engkau jualah Pelindung kami, oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali ( bertaubat) kepadaMu.'
(maksud ayat 155, 156 surah al A'raf)
Dari situ jumpa pulak benda ni....



Setiap kali tekan, ia bergerak walau tak masukkan duit. Bila nak berhenti?
-
'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendaengar lagi Maha Mengetahui.'
(maksud ayat 200 surah  al A'raf)


Kena baliklah macam ni....
-
' Ilmu Tuhan kami meliputu akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran ( keadilan) kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim'
(maksud ayat 89 surah al A'raf)
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal

3 comments:

Nadiah said...

Ini rupanya aktiviti dia orang sementara saya gi shopping. . Tq Tok Ju n Tok Nan...

che mid said...

Salam mama

Penat tapi seronok bawa budak-budak jalan, tapi silap haribulan barang dihajat, lain pulak dibeli.. mainan dan jajan tentu tak tinggalkan..

kaknor tmj said...

cucu2 penghibur hati di usia senja, w p melayan kerenah mereka memenatkan tapi telatah mereka mencuit hati