Friday, July 19, 2013

SALAM 10 RAMADAN - SURAH AL KAHFI / QIBLAT WALK


Qiblat walk adalah laluan terletak antara bangunan Putrajaya Holding dan Masjid Besi.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda( maksudnya) “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda( maksudnya), “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.



 Istana Kehakiman di hadapan Qiblat Walk.

''Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu ( yang hendak dikerjakan) " Bahawa akua akan lakukan kemudian nanti" Melainkan ( hendaklah) disertakan dengan berkata) Insyallah. Dan ingatlah dan sebutlah akan TuhanMu jika engkau lupa dan katakanlah : "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini"
(maksud ayat 23,24 surah Al Kahfi)
'Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan dan pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami'
(maksud ayat 10 surah al Kahfi)
Qiblat Walk dengan berlatarkan Masjid Besi.
-
'Semuanya adalah kehendak Allah, Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah'
(maksud ayat 39 surah al Kahfi)
Muka hadapan Masjd Besi setara dengan Qiblat Walk.
Di sinilah tempat berbuka dan menjamu selera. Masjid menyediakan Bubur lambuk drive Thru juga.
Macam-macam program sempena ramadan ada.

Kiri kanan penuh dengan khemah-khemah untuk keluarga. Ambil makanan dan bawa ke sini.
Muslimin dan muslimat yang lain duduk bersila di kawasan yang disediakan.
Masjid menyediakan makanan untuk lebih kurang 2000 orang.
Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad agak padat. Lebih mudah jika bawa makanan sendiri





'Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang- orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata: dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan jangalah engkau mematuhi orang yang engkau ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam A l Quran serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula melampui kebenaran.'
(maksud ayat 28 surah Al Kahfi)

Alhamdulillah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.


5 comments:

Dr Singa said...

sekejapan je dah 10 hari kan kak..

Kakzakie said...

Kak Ju iftar di sini terus solat disini juga ke?

2000 org!! Berapa banyak buat bubur lambuk tu agaknya kan..

afeezz said...

pernah solat di masjid ni.. masjid besi

Kak Zie said...

As salam puan,
Perbadanan putrajaya puan......bukan putrajaya holding.....bangunan putrajaya holding terletak di presint 2....tepi tasik bersebelahan dgn bangunan kementerian wilayah...

eda_ej said...

dah lame tak pegi putrajaya.. baru tau ade qiblat walk ni..