Friday, July 12, 2013

SALAM 3 RAMADAN - SHIAM, QIYAM DAN I'TIKAF

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

( Petikan risalah Dr Abdullah Yasin.)
Di antara amalan yang paling utama di dalam bulan Ramadan ialah Shiam, Qiyam dan Iktikaf.
Shiam yakni berpuasa di sinag hari, Qiyam yakni melakukan pelbagai jenis ibadat pada malamnya seperti tarawih, witir, tilawah Quran, tazkirah. Iktikaf ialah tekun beribadat mendekatkan diri kepada Allah di dalam masjid terutama sekali pada sepuluh Ramadan terakhir.
Rasulullah saw bersabda tentang fadhilat ketiga-tiga ibadat, antaranya(maksudnya) :
1- Kelebihan Shiam:
'Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana dorongan imannya dan semata-mata mengharap ganjaran daripada Allah, niscaya diamouni segal dosanya masa silam .'(HR Bukhari dan Muslim)

2-Kelebihan Qiyam:
'Barangsiapa yang qiyam Ramadan (Tarawih dan witir) kerana dorongan imannya dan semata-mata mengharap ganjaran daripada Allah, niscaya diampuni segala dosanya masa silam.' (HR AlJama'ah)

3- Kelebihan Itikaf:
Daripada 'Aisyah ra 'Sesungguhnya Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh akhiar Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian( diteruskan sunnah) Iktikaf sesudahnya oleh para isterinya' (Muttafaq 'Alaih)

Bunga limau nipis.

Kacang panjang muda.
Anak nenas




Ros kampung yang baru belajar memanjat.

Bunga kertas. Menurut majalah Laman, Nak bagi ia berbunga , bagi ia stress! Jangan siram seminggu! 
Alhamdulillah, hasil dari Republik Taman Hijau.
-


Maniskan muka, sebarkan senyum dan sebarkan salam. (Rancangan Tanyalah Ustazah).

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sambil baca tazkirah sambil cuci mata tengok bunga. Bunga ros kampung kakak kecik aje Kak Ju tapi dah bunga tau.. tapi ros bandar degil betul tak nak keluar bunga..

atuk said...

Salam Ramadhan Mama Ju

untuk buat sambal iftal ptg ni dah mencukupi tu...

kaknor tmj said...

cantik warna2 hasil tuaian dr RTH Ju, kuning, hijau dan merah....yg kuning tu menarik rasa 'teringin'




azieazah said...

Saya suka bunga tapi tak suka tanam bunga. Tangan panas kot...

Selamat berpuasa Kak Ju sekeluarga.