Thursday, July 11, 2013

SALAM 2 RAMADAN- IMAN DR SHEIKH AHMAD SAMY AB RAHMAN EL FAKRY, MESIR DI MASJID BESI, PUTRAJAYA..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Daripada Abu Hurairah  ra  bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 'Apabila telah tiba bulan ramadan, maka terbukalah pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta dirantai tangan-tangan syaitan' (Riwayat Ahmad)

Alhamdulillah, sembahyang magrib, isyak dan tarawikh puasa pertama diimamkan oleh Dr Sheikh Samy A Rahman dari Mesir.
Masjid Besi juga menyediakan majlis berbuka dengan kurma dan kuih. Selepas sembahyang dengan nasi, selepas tarawikh dengan moreh- bubur kacang.

Karnival ramadan pun ada. 13/7 petang ada majlis bersama Ustazah Fatimah Sharha. 26/7 jam 6 majlis bersama Sheikh yang popular dengan Ya ha na na.( dua tu yang saya ingat...)
Jom sama-sama kita mengimarakkan masjid.
Dua tiga menjak ni pokok-pokok agak terbiar...
Pokok kucai belum dituai.
Cik katak yang nak jadi batu...setia betul ia tak bergerak-gerak.


Suami terpandang katak dah hampir menjadi mangsa ular daun.
Belum masanya katak mati,,,, katak terlepas dari mulut ular
Katak terjatuh, ular lari, tapi saya tak nampak langsung ke mana ia pergi!


Alhamdulillah


Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Goreng mee hun+ kucai, sedap. Itu yg saya khuatir, kehadiran spesi bahaya yang tak diingini.

Dr Singa said...

Ppokok yang dalam gambar yang pertama tu pokok apa mamaju?
saya pernah tanam
dan buang lepas tu
sebab dia merebak dengan banyak dan kacau pokok lain

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

selamat berpuasa
rajinnya berbuka di masjid

afeezz said...

assalamualaikum

salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk mama sekeluarga

dear xila said...

nampak katak pon sodap ehhh? hehe slm ramadhan :)