Thursday, July 4, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'..dan hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya ) serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa yang telah lalu) . Dan (ingatlah) kecelakan besar bagi orang-orang yang memepersekutukanNya( engan sesuatu yang lain)
(maksud ayat 6 surah Fussilat Juz 24)
Bangun pagi, buka pintu lihat alam!
Suami sayalah yang paling rajin- menyiram, membaja, meracun, macam-macam me ....
Pemandangan dari pintu pagar.
Minggu lepas Nabil balik sehari, saya ambil peluang minta catkan pagar!
Masa tu Ulfa pun ada.
Bila anak-anak  ada ,baru ada mood nak buat kerja...
Mangga di atas pagar  tadi. Banyak juga buahnya.

Pemandangan dari tempat letak kereta.
Cycass sudah berdaun lebat. Pagi ini saya lihat daunnya bermasalah, macam kena makan ulat!
Delima kurang menyerlah dan kurang manis.
Mangga memang terbaikk!






Kedondong berjiran dengan longan. Keduanya memang sentiasa berbuah.

Jom kita makan roti tempayan di Masjid Sri Petaling!
Semasa arwah bapa saya ada,  kami kerap ke sini.

Roti tempayan cicah kari kambing.

Alhamdulillah.

'Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesakan dan mematuhi perintah) Allah , serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)
(maksud ayat 33 surah Fussilat)

TAAT ALLAH TAAT RASULLAH
TAAT IBU AYAH.





5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Mangga boleh buat jus, kedondong dibuat jeruk, longan buat air longan..semua hasil dari Taman Republik Hijau. Syokbnya berkebun anak beranak.

Kakzakie Purvit said...

Berkat rajin semuanya itulah ada kehijauan yg indah dipandang mata. Ada yg sedap utk mulut merasa. Kakak geram pelam tu Kak Ju:)

Unknown said...

Assalamualikum Mama Ju
setelah sekian lama baru dapat singgah di sini..insyallah muga2 dapat kerap singgah..

Unknown said...

Assalamualikum Mama Ju
setelah sekian lama baru dapat singgah di sini..insyallah muga2 dapat kerap singgah..

makcikkantin said...

Amboiii mama ju, kawasan rumah macam jabatan pertanian :)). Rajin mama ju sekeluarga berkebun ya