Monday, July 8, 2013

SEPUTAR DI KELANTAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah: dan Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
(maksud ayat 1 surah Al Hasyar Juz 28)

Pulang ke Kelantan. Bertolak jam 9 + pagi.
Biasanya berhenti di Maktab Tengku Ampuan Afzan, Pahang untuk makan-makan.
Jamak Takdim di Gua Musang Kelantan.
Dah agak dekat ni, jumpa masjid cantik.
Sana sini banyak bangunan kedai berkubah. Nampak unik dan cantik.

Jam 6 sampai di rumah Pn Radiah ( adik ipar)
Makan-makan. Ada nasi dagang lauk ayam yang sangat sedap! beli di pasar malam Beris Kubur Besar.
Ronda-ronda di rumah mertua yang kosong...
Selepas Jamak Takdim, beredar nak ke Wakaf Che Yeh.
Bermalam di rumah Pn Jamilah  Mohamad (biras) dan anaknya Pn Nurhanani.
Nani bertugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan, jadi memang banyaklah ceritanya.
Teruja sungguh dengan projek terbarunya. Bunga reben.
Nani mempelawa saya umtuk bertemu dengan pakar bunga reben esok hari. ( Kursus untuk ibu-ibu tunggal Kelantan)
Oh sungguh teruja....
Cantikkan?
Selepas makan-makan. jalan keliling rumah tengok pokok-pokok.
Macam-macam Pn Jamilah tanam..

Hari baru bermula. Bertemu anak-anak Nani yang peramah.
Mereka nak ke sekolah.
Lepas bersarapan ke studio  baru Cik Sapura.


Cik Sapura, pensyarah UITM Machang
Dengarnya beliau akan terbang ke Perancis- hadiah memenangi satu pertandingan seni.
Ambil peluang melawat tadika sebelah rumah Pn Jamilah.
Seronok jumpa anak-anak kecil.
Perjalanan diteruskan ke Pengkalan Chepa untuk ke rumah Pn Najwa( anak saudara)
Kami ingin bertemu cucu baru!
Nur Imtithal Maliah ( kalau tak silap) tidur nyenyak sepanjang kami di rumahnya.
Jalan-jalan ke Bandar Kota Bharu.
Balik semula ke rumah ayah- jenguk-jenguk..
Jam 3 kami berangkat pulang.
Jam 12 malam tiba di Lestari Perdana.
Tamat sudah dua hari perjalanan.
Alhamdulillah.

'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya  dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)  Dan ( sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(maksud ayat 18 surah Al Hasyar)



TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH
TAAT IBU AYAH.

Sebarkan salam dan semarakkan amal.











3 comments:

Ayah Zain said...

rindu pulak kota bharu

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ju,
'Seputar'? Satu 'round' saje di KB?

makcikkantin said...

salamramadhan mama ju. bunga tu.....minat...buku ada..jadinya belomm..:)