Thursday, June 20, 2013

MASJID KAMPONG LAUT, KELANTAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sabtu dan Ahad kemarin, kami berpeluang untuk pulang ke kampong di  Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.
Dalam perjalanan balik kami singgah di Masjid Kg Laut.
Masjid ini adalah masjid tertua di negeri Kelantan.
Gambar daripada jalan besar.


SEJARAH MASJID KAMPUNG LAUT:

Masjid ini dipercayai dibina oleh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang terdiri daripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran negeri Kelantan. Semasa dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk mendirikan sebuah masjid sekiranya mereka selamat tiba ke darat. Anak raja Jawa itu selamat tiba ke darat dan mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan apabila kembali ke Jawa mereka mendirikan sebuah lagi masjid yang rekabentuk yang sama seperti Masjid Kampung Laut. Rekabentuk masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan bentuk Masjid Agung Demak di Jawa Tengah, Indonesia.



SENIBINA MASJID KAMPUNG LAUT:

Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri. Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya. Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian bangunan. Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dan alam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai.

Bumbungnya berbentuk tiga  lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bentuk bumbung masjid-masjid di negeri Melaka. Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.


Sumber Rujukan :

(a) Mohamed Roelan Abdul Malek, (1998). Kesan Sejarah dan tempat-tempat menarik : Negeri Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya : Oscar Book International.
(b) Asmad, (1987). Siri Lambaian Nusa : Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

  Gambar Terbaru: Masjid itu telah dipindahkan dan dibina semula di kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, di selatan Bandar Kota Bharu kerana banjir besar telah melanda Kelantan pada tahun 1966 dan menyebabkan masjid tua ini mengalami kerosakan yang menyebabkan tapak masjid ini hampir jatuh ke dalam Sungai Kelantan,

Bahagian belakang.


Bahagian dalamnya gelap! Saya dapat lihat  samar-samar dua orang sedang berehat.,sembahyang (?)



Nabil membuat tinjauan. 
Saya terlupa tawaf kelilng masjid untuk dapat melihat gambaran sepenuhnya.

Wakaf.






Wakaf  - gambar penuh.
Gambat Masjid Kg Laut di kedududkan asal.
Gambar google.
Alhamdulillah.
Gambar: Pemandangan Hadapan Masjid Agung Demak terletak di Desa Kauman Kabupaten Demak,
Jawa Tengah Indonesia (masjid ini dikatakan sama senibinanya dengan Masjid Kampung Laut, Nilam Puri   Kelantan). Masjid Agung Demak dipercayai pernah menjadi tempat berkumpulnya para ulamak (wali) yang menyebarkan agama Islam di tanah Jawa yang disebut dengan WALISONGO

TERIMAKASIH BLOGhttp://munahamzan.blogspot.com
-

TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH
TAAT IBU AYAH.

3 comments:

che mid said...

Masyaallah, rasa macam sejuk dan nyaman je bila bersolat kt dalam masjid tu..

Dr Singa said...

masjid tertua di Malaysia

utuh betul ya seni bina dahulu!!

masjid Demak tu tak ada rezeki saya nak sampai.. flight ke semarang saya kensel.. nyesal jugak..

Kakzakie said...

Cantiklah senibinanya Kak Ju.
Kisah Masjid Demak dan Walisongo panjang kalau baca bukunya bagaimana beliau mengaji ketika dan keistimewaan walisongo. Best kisahnya..