Thursday, June 6, 2013

27 REJAB - SEMBAHYANG JUMAAT DI LADANG TEH CAMERON BHARAT. (Kuala Terka)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Allah menukarkan malam dan siang silih berganti : sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik matahatinya berfikir'
(maksud ayat 44 surah an nur Juz 18 )
Ini ladang teh Boh Sg Palas. Pemandangan daripada atas.
Emak, anak, cucu.
Pokok teh baru dicantas, jadi nampak batang- kurang lawalah..
Kami hanya singgah ke restroom. Selepas parkir, lihat-lihat saja pemandangan di sekeliling,  malas pulak nak berjalan 200 meter ke hadapan untuk menikmati teh panas . Rumah teh  berkaca tu nampak cantik!



Ladang Teh Boh bermula pada 1929 oleh John Archibald Russell dengan kerjasama rakan Brirish beliau A B Milne- seorang akar teh dari Ceylon. Mereka membersihkan hutan dan meratakannya untuk menjadikan tapak asas ladang mereka. Aktiviti dilakukan secara manual oleh buruh kasar.
Syarikat ini memiliki beberapa ladang termasuk ladang teh Fairlie dan ladang teh Sg Palas.
-
Selama bertahun-tahun berkembang, Teh Boh menjadi jenama teh no satu di Malaysia.



Kami ke ladang Teh Cameron di Kuala Terka pula. Terlihat beberapa pekerja memakai  kopiah,  jadi ambil peluang menjejak mereka untuk solat jumaat. Ladang ini bersebelahan dengan jalan besar . Alhamdulillah surau Jumaat memang bersebelahan dengan kedai minun teh!
( Nampak surau di belakang tu)
Suami bertemu seorang pekerja Bangla ...." Apa HAL?"
Dia refer ke Imam.
" Nak sembahyang Jumaat sama"
" Tak de HAL!"

Mereka kata jam 1.30 baru bermula. Sebelum tu ada tazkirah.
Kesemua jemaah adalah bangladesh, jadi tentulah dengan bahasa mereka.
 Imam selang selikan dengan bahasa Arab, jadi fahamlah juga suami saya ni.
Imam bercerita tentang ketaqwaan dan bla,bla..( saya lupalah....)
-
Nampak benar mereka bersatu,
Ketika imam menyeru supaya berderma, masing-masing mengeluarkan wang RM 10! terkedu suami!
Mereka buruh ladang tapi berhati mulia...

Orang perempuan tak berjumaat, jadi kami minun-minun dan bergaya sakan di ladang teh.

Ladang Teh Cameron Bharat di asaskan pada 1933 oleh usahawan India Shurarshad Bansal Agarwal. Beliau membeli 50 ekar tanah di Kuala Terka. Di tahun pertama ladang mengeluarkan daun teh, ia dijual terus ke kilang Stesen Eksperimen Persekutuan ( Mardi sekarang).
Kemudian mereka menyewa kilang tersebut dan membuat, dan menjual sendiri teh di bawah jenama Cap Rusa.

Tahun 1994 mereka melancarkan ' Cameron Valley' dan mula menjual teh secara langsung kepada pengguna. ( sebelum ini untuk pasaran boroang)



Pintu masuk ke ladang.

Gambar rumah rehat minium teh dan cendera mata tak ada dalam gambar- bateri habis!

Alhamdulillah.
'..Taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kepada RASUL ALLAH...'
(maksud ayat 54  surah an nur)

Hayati isra' mikraj.


3 comments:

Dr Singa said...

cantiknya kehijauan itu Mamaju!!!

walaupun gaji depa tak seberapa.. ikhlas mereka menyumbang kan...?

Kakzakie Purvit said...

Suka kakak tengok gambar yg last. Cantiknya!!

Unknown said...

Wah......cantiknya pemandangan di ladang teh. Minum teh dengan scone..alahai..ada uummmph!!