Thursday, May 9, 2013

Kenangan lalu - Bapaku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bapaku no 2 di belakang
Hj.Johari Kaliman dilahirkan pada tahun 1934 di kg BelahanTampok,Rengit,Batu Pahat.Bapa beliau Kaliman Paidin dan ibunya Satimah bt. Abd. Abas.Beliau mempunyai 3 orang abang dan seorang kakak.

Beliaulah anak pertama yang lahir di Kg Belahan Tampok selepas berpindah dari Muar.(rumah di kawasan kediaman Hj. Tahir)
Bapa beliau berpindah lagi ke hulu kg (rumah di kediaman arwah Hj Sahlan)Ketika berusia 5 tahun beliau mengikut abang abang ke sekolah.Kakak beliau tidak dibenarkan ke sekolah,(1939]Mereka berjalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Sri Merlong.1941 hingga 1945 sekolah terhenti seketika kerana Perang Dunia ke 2.

Apabila British mengambi lalih pemerintahan,sekolah kebangsaan dibuka semula.Beliau menduduki darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Rengit.Beliau tinggal di rumah Hj.Abd. Aziz.
Selepas lulus darjah 6, beliau dipilih menjadi guru bersama 3 orang yang lain iaitu En. Jalal.En Husin dan En. Kadir.(19 54). En.Kadir dan En.Jalal berkursus di Teachers College di Kuala Lumpur. Manakala beliau dan En Hussin berkursus tiap minggu di bandar Batu Pahat.Beliau berulangalik dengan basikal. Ketika mula menjadi guru beliau diberi gaji 50 ringgit. Setelah tamat berkursus selama 3 tahun beliau bergaji 190 ringgit.Beliau juga mengambil MCE, dengan mendapat pangkat 3.Gaji beliau bertambah ke 310 ringgit bila lulus Special Gred.
Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Merlong.Guru Besar beliau ialah Cikgu Shuib[Jambi)
Hj Johari kemudiannya berpindah ke sekolah yang baru dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Belahan Tampok. Hanya seorang guru ditempatkan disitu dengan 34 murid. Beliau menjadi Guru Besar sehinggalah pencen.( berpindah ke beberapa sekolah - SK Sri Ladang, SK Air Hitam.
Beberapa tahun kemudian beliau memohon cuti selama 4 bulan untuk mengerjakan haji.Beliau ke Mekah menaiki kapal laut dari Singapura.( dulu ada gambar)

Ketika menjadi guru, beliau sangat aktif dengan kegiatan pengakap. Beliau seorang yang adventure.Tahun tahun berikutnya beliau bercadang mengembara seorang diri hingga ke utara.
Beliau memulakan perjalanan waktu cuti sekolah.Dengan menaiki basikal ,beliau memulakan perjalanan dari kampong ke Batu Pahat dan bermalam di Parit Jawa. Dari Pt. Jawa ke Port Dickson. Beliau sampai di  balai Polis cheras dan tinggal di sana selama 2 hari. Dengan menaiki lori surat kabar perjalanan diteruskan hingga Balai Polis Parit Buntar, Perak.
Beliau berbasikal semula dari Taiping ke Pulau Pinang.Di sana beliau bermalam di rumah pengakap Pulau Pinang. Dapatlah mengelilingi Pulau Pinang dan melihat kegiatan pengakap di Teluk Bahang.
Dari Pulau Pinang beliau ke Kedah dan bermalam di rumah UMNO Alur Setar.Beliau menaiki keretapi untuk ke Arau,Perlis kerana takutkan gajah . Beliau membeli 2 tiket ,satu untuk dirinya dan satu lagi untuk basikal! Dari Arau beliau berbasikal ke Padang Besar,Perlis. Beliau berhajat ke Siam.Pihak Inggeris tidak membenarkan masuk ke sana kerana tidak ada pas lawatan.

Sementara menunggu untuk mendapatkan pas tersebut beliau dibenarkan tinggal di berek askar [polis hutan?}Dapatlah beliau melihat mereka beroperasi.
Ketika ini wang disaku sudah kehabisan!Pihak polis meminjamkan 10 ringgit untuk perjalanan balik.Ada wartawan akhbar mengambil gambar.Esuknya tersiar berita di akhbar “Traveling through Malaya”
Pas kebenaran yang ditunggu tidak dapat.Beliau memeruskan perjalanan balik . Berbasikal ke Kedah dan bermalam di sana. Berbasikal lagi hingga Balai Polis Kuala Kangsar.Di sana polis menahan lori membawa kerang,dapatlah beliau menumpang hingga ke Chowkit,Kuala Lumpur. Dari Chowkit ke Balai Polis Cheras . Tinggal di sana sehari semalam .Kira macam lapor dirilah. Polis takut bellau hilang!
Dari Cheras terus pulang ke kampong (tak pasti menaiki apa). Tiba di Rengit perkara pertama yang dilakukan ialah ‘bergambar!’
Kaki bengkak.Dua tiga bulan baru sembuh.Namun puas dengan perjalanan selama 16 hari!
Tahun 1957 merdeka.

Tahun 1958 beliau mendirikan rumahtangga dengan Jamilah A.Aziz([ingat tak rumah yang beliau tumpang semasa darjah 6?Ha, anak tuanrumahlah tu!

Tahun  1971 atau 1974 beliau mula aktif dalam grakan dakwah.

Tahun 1978 beliau mengerjakan haji bersama isteri.Kalau tak silap secara percuma,hadiah kakitangan kerajaan.

Tahun 1987 beliau memilih untuk bersara pada usia 50 tahun.
Beliau terus aktif dalam kegiatan dakwah.Beliau telah menjelajah banyak tempat.Selain keliling Malaysia beliau ke Indonesia,Thailand,Taiwan,Pakistan,India,Bangladesh dan United Kingdom. Beliau sempat menjelajah Eropah bersama isteri.( sebenarnya  anak saudara beliau Pn Muslimah memenagi  4 tiket hadiah...)

Pada 26 hb Mac 2009 (genap sebulan sebelum harijadi beliau) beliau meninggal dunia.

AlFATIHAH. Muga rohnya dicucuri rahmat Allah!

Alhamdulillah, banyak kenangan daripada abah untuk kami. Abah suka bawa emak dan anak-anak mengembara ke merata tempat. Biasanya kami akan bawa dapur minyak tanah sekali untuk memasak. Kami tertunggu-tunggu saat cuti sekolah! Dengan kereta Fiat kecil kami memulakan pengembaraan hingga ke utara Semenjung. Kadang-kadang kami tidur di hotel murah, kadang kami tidur di masjid.

Abah juga suka buku. Satu hari posmen bawa sekotak buku dari DBP. Seronoknya. Banyak buku cerita di dalamnya. Abah juga beli Ensaiklopedia Britanica ( banyak rumah adakan?). Rasanya masa tu harganya dalam seribu lebih.

Sebenarnya, hubungan abah dan saya tidaklah serapat saya dengan emak. Abah saya takut, kalau abah balik atau berdehem, cepat-cepat kami masuk ke rumah atau pura -pura buat yang terbaik. Emaklah yang jadi menghubung saya , lebih-lebih lagi kalau  minta duit atau kebenaran ke mana-mana. Selepas berkahwin baru saya berani mesra dengan abah. Abah sebenarnya sangat suka bercerita.
Abah suka tulis dairy.




CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.




4 comments:

Dr Singa said...

alfatihah


darah kembara mengalir..
kan..?

Kakzakie Purvit said...

Seorg anak, pendidik, suami dan anak yg pasti terus diingati..

Kira belum lama abah meninggal ye Kak Ju. Januari 2009 kakak baru balik haji tau..

atuk said...

Assalamualaikum Mama

Al Fatihah

Hjh Noralenna Abbas said...

Patutla anak cucu suka riadah berbasikal. Hebat sungguh arwah bapak Ju, cekal dan bersemangat. Anak cucu ikut tak?