Saturday, May 11, 2013

KLCC

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Parkir kereta di KUALA LUMPUR CITY CENTRE.

Makcik-makcik meneruskan perjalanan ke KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE.
Cantiklah reka letak di sepanjang jalan.
Kami memberi sokongan moral untuk Cik Sapura,, pensyarah Fine Art UITM  Macang Kelantan yang turut sama di sini.
 ITEK 13.
Macam macam ada. Teruja dan terbuka minda.
Motoo ni saya suka...


Sewaktu kami tiba, keputusan baru diumum. Mereka mendapat 'Gold' dalam kategori batik.
Sebelum ini Cik Sapura and the geng memenangi tempat pertama  juga.

Inilah dia Cik Sapura. Orangnya kecil molek. Tapi awas! Beliau orang kuat sukan dan mengajar silat!
Nabil berkenalan dengan pensyarah Tekstail  juga dari kumpulan yang sama.


Hadiah yang dimenangi sebelum ini.



Macam-macam inovasi. Ini daun nenas yang dijadikan benang. Benang ini berharga RM 700 sekilo.
Mereka mengeluarkan mesin untuk memproses, sesuai untuk ladang nenas.

Tempat yang paling kami teruja- Insitute of Medicaal Research.
Bercerita  kajian tentang lalat...dan mayat!


Setiap jenis telur/ ulat yang ada pada mayat menentukan berapa hari usia mayat tersebut.
Jenis- jenis lalat.  Saya terlupa- ulat Cuprina ke yang makan tisu mati orang yang berpenyakit kencing manis?
Ada orang membelanjakan sehingga RM 25 ribu untuk mengubati penyakit kencing manis dengancara ini. ( sila google)
 Tiba-tiba terjumpa Dr Rusdan , teman lama di Manchester. Dari USM beliau beralih ke FRIM. Kami berkenalan dengan kenaf! Saya tak sangka  dari kenaf boleh buat  bahan kompenan untuk kapal terbang! Dikatakan 7 x lebih kuat daripada besi.
Dari batang pokok kenaf yang matang di usia 6 bulan, ia diproses menjadi rayon dll.

Kajian Dr Zul dari UPM pun menarik.Kami bawa balik untuk cuba.
-




Dari Pusat Komuniti , mereka bercerita pasal halia, .
-

Berbagai lagi kajian.
Di luar dewan, ada anak-anak muda sedang menikmati keseronokkan!
Kami tumpang gembira

-
Alhamdulillah.
-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.




4 comments:

Dr K said...

Salam MamaJu..

Pergi melawat ke ruang2 expo innovasi sebegini mmg menarik...saya pun suka...

Memang Allah itu Maha Bijaksana Lagi Maha Berkuasa kan...sedangkan ulat2 itu di ciptakanNya bukan sia sia...Saya dulu suka belajar pasal ilmu forensic medicine..hahaha...cuma tak teruskan minat itu ke arah menjadi doktor pakar forensic..:)

azieazah said...

Info menarik, ilmu bergna. Boleh ralit dibuatnya kalu singgah ke expo sebegini.

afeezz said...

assalamualaikum mama

best gak ITEX ni.. InsyaAllah.. next time bole jalan2 sini plak

Dr Singa said...

KLCC !!!


:)