Saturday, May 18, 2013

ALLAHYARHAM USTAZ YUSOF BIN ABDDULLAH.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Bahawa Ustaz Haji Yusof bin Abdullah, bapa mertua saya telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Mei, jam 11.37 malam Jumaat. 2013.
Allahyarham disemadikan di Perkuburan Masjid UPM, Serdang.

Al Fatihah.
-


Hj. Yusuf bin Abdullah dilahirkan pada tahun 1917 di Kg Berhala,Kelantan. Beliau anak kepada Hj Abdullah dan Meriam. Ayah beliau dilahirkan di Lubuk Pukal, Kelantan .Datuk beliau bernama Awang Imam.

Ketika remaja, beliau belajar di Kota Bharu  di Kg Menuang,Kota Bharu. Beliau bersama teman baik seperti Seman dan Zakaria belajar  bergurukan Tok Guru Abang Yaakob Lego. Mereka belajar Quran dan Hadis .Dimasa ini beliau tinggal bersama kawan-kawan. Pengajian mengambil masa 5/6 tahun.
Pengajian diteruskan di Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian.Beliau tinggal  di pondok  kepunyaan anak Tok Kenali. Kenali mengajar kitab2 Nahu,Fekah,Hafaz dan Quran.Ketika ini Tok Kenali amat dikenali di Kelantan. Di sini juga beliau belajar Quran dengan Tok Ayah Mee.

Semasa belajar(lebihkurang berusia 18 tahun) beliau dikahwinkan dengan Esah dari Kg Berhala . Esah adalah adik kepada bapa tiri Yusuf(adik Penghulu) pada 1935.. Perkahwinan ini berterusan kira2 1/2 tahun. Hj Yusuf terus tinggal di pondok dan isterinya tinggal bersama ibubapanya. Bibit bibit ketidakserasian ini mungkin menyebabkan akhirnya mereka bercerai.

Di Beris Kubor Besar, Tok Guru Wan Noh membuka Pondok. Beliau meminta Hj Yusof yang baru tamat belajar mengajar di pondok tersebut.Pondok ini satu satunya sekolah untuk orang dewasa di Beris Kubur Besar. Dimasa ini Hj Yusof tinggal di Kg Berhala .Beliau berjalan kaki untuk ke Pondok .Biasanya selesai mengajar beliau akan menerima beras sebagai "upah' mengajar.

Tahun 1945 ,beliau berkahwin dengan Bedah bin Seman dari Nangka, Banggol,Kelantan. Ketika ini beliau telah tinggal di Pondok Beris Kubur Besar.

Lama kelamaan Pondok ini dinaikkan taraf menjadi Sekolah Amir Indera Putera di bawah Yayasan Kelantan. Ketika inilah beliau menerima gaji tetap.Gaji permulaan beliau 25 ringgit.

Tahun 1968 beliau membeli tanah berharga 400 ringgit di tapak sekarang.Beliau mendirikan rumah dan berpindah ke sini pula.

Tahun 1972 beliau bersara dari perkhidmatan.

Tahun 1981 isteri beliau,Pn. Bedah meninggal dunia.

Tahun 1985 beliau berkahwin dengan Ramlah bt Bahari dari Kg Jelai,Bukit Raya,Pendang,Kedah.Pn Ramlah anak ke 6 dari 8 beradik.

Hj Yusof dikurniakan dengan 7 orang cahayamata. Imran,Faezah,Adnan,Supian,Radiah ,Razinah dan Ramzan. Imran , Faezah  dan Razinah telah meninggal dunia.

(Catatan hasil bual bicara bersama mertua di tahun-tahun awal perkahwinan, maaf jika ada yang tersalah tulis atas tersalah dengar.)

-
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

7 comments:

Dr Singa said...

AL FATIHAH..


Anonymous said...

salam takziah..

Kakzakie Purvit said...

Innalillahi wainnailaihiroji'un..

Takziah dari kakak buat Kak Ju dan keluarga.

Dr K said...

Al Fatihah..

Salam takziah dari saya sekeluarga buat Mama Ju sekeluarga

*SiRibenMerah said...

Al-Fatihah..
Moga Allah memberkati arwah disana..

kaknor tmj said...

salam takziah utk Ju sekeluarga, sebenarnya kak tertanya2 juga agak lama Ju tak tulis tentang allahyarham

muniranabila said...

Salam takziah utk Ju sekeluarga dan Alfatihah...