Wednesday, May 22, 2013

12 REJAB - KENANGAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)
(maksud ayat 49 surah Yunus)

Rabu malam 8/5/13
Ketika suami sedang memberi makan ayah di kerusi roda, ayah tiba-tiba macam bernafas pendek-pendek. Tangannya mengeletar....
Saya sangat berdebar, rasa kelainan. Perlukah kami panggil isteri beliau dan adik beradik yang lain?

Khamis malam 9/5/13
Isteri ayah  bersama Radiah, En Mat dan Kak Jamilah tiba dari Kelantan.

Jumaat dan Sabtu 10, 11/5/13
Adik-adik yang lain menyusul.
Keadaan ayah agak bertahan, tiada bernafas pendek-pendek.
Ayah makan pagi dengan roti yang diblend, tengahari suami beri nasi dan lauk-lauk yang diblend juga.
Ayah tidak bersuara....

Ahad, Isnin 12.13/5/13
Adik-adik pulang.
Keadaan ayah biasa. Bertahan.

Khamis 16/5/13
Pagi tu bila suami suapkan makanan dan air, ayah menolak....
Suami ke klinik  tapi doktor tak mahu datang ke rumah....
Jalan lain, kami panggil ambulan untuk bawa ke hospital Serdang.
Jam 12 ayah dibawa ke sana.
Jam 3 baru boleh lihat ayah di unit kritikal. Masuk sorang-sorang.

Dalam ayah begitu, saya nampak ayah memalingkan mukanya ke arah saya seketika!....

Anak-anak saudara ramai yang datang.

Malam ayah dibawa ke wad 7C.
Tak lama kemudian doktor meminta keluarga terdekat ke sisi ayah.
Doktor pun ada beritahu......
Bersama-sama isteri ayah, anak- Nabil, ulfah, suami, anak-anak saudara - Adlina, Hanim , Hamimah. Juga Tengku Zaid, Zalina dan Cik Su kami melihat kepulangan ayah ke negara akhirat jam 11.37 malam. Saya dihujung katil melihat matanya tertutup....

Gemulah dimandi dan dikafankan di Masjid UPM. Jam 11 Jumaat 17/5/13 dikebumikan di Perkuburan UPM.
-





Balik dari kuburan. Saya sediakan nasi , telur masin dan sayur. Sebelum tu berlari ke kedai beli lauk pauk!
Beres...dan jemaah lelaki ke solat Jumaat.
Petang, telefon Biro Wanita Masjid untuk buat tahlil ringkas di Masjid Putra Permai.
Malam ke dua  tahlil keluarga dan satu, dua jiran.
Hidangan- Buat soto dan beli satay willy!
Rumah memang huru hara sikit. 


Najihah dan Nadiah (bawah)- anak saudara.
Zalina, Nurhanani, Nadiah dan Jamilah.
Afaf dan Nor Amni.- anak saudara.

Nik Hannah Hanim, Tengku  Izati, Nik Hannah Afirah.
Pagi hari berikutnya.
Pagi dengan nasi lemak beli.
 Dr Nabilah dengan sandwich 3 lapis.



Nurhanani dengan kerabu telur, Pn Jamilah dengan kerabu peria.
Masing-masing saling membantu.
Biras Tunku Zaidah dan Nik Hannah Hamimah.
Keluarga adik ipar- Ramzan dari Tenggara, Johor.





Alhamdulillah, semua sudah pulang.
Terima kasih .

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.







7 comments:

Unknown said...

Semoga dicucuri rahmat hendaknya :D

Kakzakie Purvit said...

Perginya dia dikelilingi org-org tersayang. Moga rohnya tenang di sana. Yg masih hidup teruskan amalan mana yg boleh diinfakkan kepada Allahyarham teruskan..

Dr K said...

Al Fatihah..

Kita yg masih hidup, persiapkan diri kita utk ke negara akhirat juga...:)

mamawana said...

Innalillah dan Al Fatihah

*SiRibenMerah said...

Al-Fatihah..
takziah..

kaknor tmj said...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas allahyarham. Pemergiannya pun di saat yg baik iaitu malam jumaat

Mak Wan said...



Salam takziah dr MkWan sekeluarga...semoga roh arwah bersama para solihiiin....