Friday, April 26, 2013

PESTA BUKU 2013- PWTC


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Pesta buku baru bermula di PWTC. Kalau tak salah kali ke 32.
Berpagi-pagi di sini.
Gerai buku punyalah banyak. Rasanya ada lapan seksyen.
Ini di lot Perpustakaan Kuala Lumpur.
Sana sini buku.
Macam-macam buku ada.
Saya baru meninjau-ninjau....

Buku mereka di tunggu-tunggu. Ini di Galeri Ilmu di dewan tingkat bawah bersebelahan PTS.
Buku Prof Kamil Ibrahim berkulit tebal.
Cantik reka letaknya.
Buku Hjh Roza Roslan.


Lot Kerajaan Arab Saudi agak besar. Macam-macam mereka beri- buku, pamplet, poskad.
Quran pun diberi percuma. Saya minta  Quran terjemahan. Ada terjemahan inggeris dan Thailand.

Novelis Ain Maisarah dah sibuk melayan tetamu kecilnya.


Macam kenalkan....Chef Adu dengan buku masaknya.

Rehat seketika. Ke bilik Chairman.
Aras paling atas. Buku untuk library.
Ada 20 buku berisi ucapan, interview dll Lee Kuan Yew. Tebal!


Saya suka acara di Sofa Putih. Ia belum bermula lagi.
Ambil peluang berbual dengan Ketua eksekutif Sdr Mohd Khair Ngadiron.
Jam 3 bermula acara di Sofa Putih. Tak sangka pulak kawan lama saya di DELTA yang akan  menjadi  panelnya.
Sdr Ishak Hamzah ialah Timbalan Presiden Majlis Pengimpot dan Pengekspot Buku Msia.
Saya memang teruja berada di Institut Terjemahan. Di sini saya berkenalan dengan Ir Azmi, orang Indonesia.
Banyak betul koleksi buku-buku dan akhbar  lamanya.
Buku-buku tu dijual.

Buku Sejarah lama dijual dengan harga RM 500.
Ini RM 700.
Kalau nak dapat diskaun 40% datang awal ke Institut ini. ( hingga jam 11.30 tiap hari.)




Kota ilmu Sasbadi tempat Azieazah bertugas esok (?)
Sangat luas.

Nak wakaf quran pun boleh.


Buku-buku Indonesia pun banyak.

Itulah corat coret Pesta Buku PWTC.

Rasa nak ke sana lagilah.....


CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.




6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Nak pergi, nak pergi.....tentu tak tau nak pilih yang mana. Beli dah beli nanti, terletak di atas meja..bila nak baca?

Kakzakie Purvit said...

Banyak Kak Ju memborong buku? Kalaulah dekat mesti anak-anak kakak dan merengek nak ke sana. Kakak teruja sebenarnya tapi jauhlah..

afeezz said...

assalamualaikum mama

buku ape yg mama beli kat sane?

mesejabdul said...

Salam,
Tak sabar nak pergi minggu depan ni. Tapi nak tau, gambar yang last sekali apa nama booth dia ek? Ada satu tarikan kat situ. hehe.

Mak Wan said...

Assalamualaikum mamaju
Saya juga pergi hr jumaat petang... tak rezeki nk bersya muka kan...org belum ramai mudahlh untk bergerak...

Mak Wan said...

Assalamualaikum mamaju
Saya juga pergi hr jumaat petang... tak rezeki nk bersya muka kan...org belum ramai mudahlh untk bergerak...