Wednesday, April 3, 2013

KURUS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'...Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi'
(maksud ayat 23 surah al A'raf)
Kami peminat lemon. Saja-saja letak di kek cawan sebagai perasa atau  perah di  air  ais,  Nikmat sangat!
Suami saja-saja bertanya di nurseri" ada ke pokok lemon?"

Nun di sudut, ada pokok lemon kurus tidak terjaga!
Saya katakan, RM 10lah....
Penjual kata RM 7!

Alhamdulillah, pucuk-pucuk baru mula keluar.

Teruja nak tengok lemon membesar dan berbuah!

'Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini. padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami dengan taufik-Nya)'
(maksud ayat 43 al A'raf)
Pokok ini pun kurus juga!
yesterday, today

'Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan islam ( berserah sepenuh hati kepada-Mu)
(maksud ayat 126 surah al A'raf)


Pokok bunga kertas ini memang dah lama tak berdaun.
Baru-baru ini kami cuba untuk memulihkannya balik.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama-sama orang-orang yang zalim'
(maksud ayat 47 surah al A'raf)
Pokok limau yang baru dikuruskan....( gunting)

'Ilmu Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumlah antara kami dan kaum kami dengan kebanaran ( keadilan) kerana Engkau jualah sebaikbaik Hakim'
(maksud ayat 89 surah al A'raf)


Pokok mangga di laur pagar ni taklah kurus! tapi berpenyakit. Tengok daunnya...
'Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihi.
(maksud ayat 151 surah al A'raf).


Alhamdulillah. masih ada pokok yang subur.
Mangga ni berbunga lebat.
'Engkau jualah Pelindung kami, oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan di akhirat. Sesungguhnya kami kembali ( bertaubat) kepada-Mu)
(Maksud ayat 155.156 surah al A'raf)
Satu pokok tapi ada cabang yang berbunga, ada yang dah berbuah.
Alhamdulillah.

'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui'
(maksud ayat 200 surah al A'raf)
-

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Sebarkan salam dan  semarakan amal.

8 comments:

Unknown said...

Buah mangga tu kalau buat kerabu tentu sedap.

afeezz said...

assalamualaikum

lemon kalau beli kat pasar pon mahal...

Dr Singa said...

saya bagai tak percaya bila tau nama pokok tu 'yesterday, today, tomorrow' !

Kakzakie Purvit said...

Banyak pokok di rumah Kak Ju. Kalau kakak dapat mangga tu kakak cecah dgn kicap cili sedapnya:)

azieazah said...

Buat teh perah lemon, sedap kak! Kalu limau kasturi, buat air + asam boi!

Dr K said...

buah lemon ni mmg selalu guna kat rumah..sebab masak western..paling tak pun, perah dlm teh o ais...hihihih

Unknown said...

Teringin bercucuk tanam jugakk..

zino said...

teringat buah mempelam kat depan rumah tak sempat masak dah kena kebas hehe