Monday, March 18, 2013

SDR MADIZUL DAN MELAKA KITCHEN, BANGI SEK 9.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kami ke pelawaan Sdr Mazidul di  Melaka Kitchen, Sek 9, Bangi.
Kami memang sukakan Bangi. Ia sinomin dengan syurga tempat makan. Kedai makan cantik-cantik  dengan hiasan yang kreatif.
-
'Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lalu Kami membentuk rupa kamu kemudian Kami berfirman kepada Malaikat-malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam" lalu mereka sujud melainkan iblis, ia tidaklah termasuk ke dalam golongan yang sujud.'
(Maksud ayat 11 surah Al A'raaf Juz 8)


Pertama kali bertemu tuan kedai. Ramah dan rajin bercerita.
-
'Allah berfirman " Apakah yang menghalangmu dari sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripada Adam, Engkau ( wahai Tuhan) jadikan aku dari api, sedangkan dia dari tanah"
(maksud ayat 12 surah Al A'raaf)

Allah berfirman" Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya: oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina"
Iblis berkata " Berilah tempoh kepadaku hingga hari dibangkitkan ( kiamat) . Allah berfirman" Sesungguhnya engkau diberi tempoh ( ke satu masa yang tertentu).
(maksud ayat 13,14,15 surah Al A'raaf)
Macam-macam lauk ada, kekuatannya mestilah masak asam pedas!

-
Iblis berkata," O;eh kerana Engkau ( wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat ( maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka ( dari menjalani) jalan-Mu yang lurus."
(maksud ayat 16 surah Al A'raaf)
'Kemudian AKU DATANGI MEREKA dari HADAPAN mereka,, serta dari BELAKANG mereka dan dari KANAN mereka dan dari KIRI mereka. Dan Engkau TIDAK akan dapati KEBANYAKKAN mereka BERSYUKUR.'
(Maksud ayat 17 surah Al A'raaf)
Mi pun ada.
-
'Allah berfirman ;" Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi NERAKA JAHANAM dengan( golongan) kamu ( YANG DERHAKA) semuanya'
(maksud ayat 18 surah Al A;raaf)

Terimakasih Sdr Mazidul dan tuan kedai.
Insya Allah kami datang lagi.
-
'Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan.....Sesungguhnya SYAITAN DAN KAUMNYA MELIHAT KAMU DENGAN KEADAAN KAMU TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu TEMAN RAPAT BAGI ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN'
(MAKSUD AYAT 27 SURAH AL A'RAAF)


Kedai tak jauh di belakang PKNS, Bangi.

Ramai yang hadir.

Bersama suami tuan punya kedai.
Alhamdulillah.
Silalah ke Melaka kitchen.



CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.






8 comments:

pB said...

dah lama tak makan asam pedas


susah nak cari kedai yang jual asam pedas yang original dan sedap

Hjh Noralenna Abbas said...

Dari kampung mana di Melaka ye towkay Melaka Kitchen. Hari Sabtu lalu saya ke kenduri di rumah sahabat di Kuantan, Katerer makan-makan pun asal Melaka yang sediakan menu utama masam asam pedas ikan tenggiri. Bestnya!

Unknown said...

As salam Mamaju,

Masa Mazidul buat entry ttg restauran ni terus kecur air liur... Lama tak makan asam pedas buatan org lain! Selalu masak sendri terasa bosan pulak...hikhik..

che mid said...

Salam, memang kedai Mazidul ke mama.. eh, tukar header lagi.. bestla mama ni

kaknor tmj said...

salam ju, kalau kak ke bangi teringin nak singgah di kedai tu utk merasa asam pedas dan mi, menantu ke 2 kak masak asam pedas pun sedap, pekat kuahnya

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

boleh jadi tukang promosi ni....he he

Melaka Kitchen said...

Assalamualaikum,

Terima Kasih byk2 diucapkan kerana sudi singgah makan di Melaka Kitchen.

Maaf jika ada kekurangan sana sini.

Sila lah datang lagi ya.

Terima Kasih.

-Melaka Kitchen-

Sambal Ikan Bilis said...

Salam.Asam pedas sini memang best.Kalau dtg nak cari asam tetel jer.Saya lak org bt berendam melaka.Serupa macam mak saya masak kat rumah Memang bestt..Tuan kedai suami isteri pun ramah. Orang Melaka kata kan.