Wednesday, March 6, 2013

LAMANKU LAGI.(EDIBLE GARDEN)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
' Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku daripada orang-orang yang mensyirikkan Allah ( dengan sesuatu yang lain)'
(maksud ayat 79 surah  al An'am juz 7)
Konon-konon inilah edible garden kami.  Kecil saja tempatnya.
Bos tanam macam-macam- Nampaknya keladi pemberian En Kadir menjadi!
Ada kangkong, daun kesum, pegaga, cili, pucuk manis, keledek, serai.
Ini waktu pagi. Ayah menunggu sarapan disiapkan.
Bos dah bertugas mengambil sayuran untuk saya masak!

Walau sedikit, ia masih boleh dimanfaatkan.
Keladi saya masak asam rebus bersama ikan.
Segenggam daun kangkong tu, saya campurkannya ke dalam jemput-jemput sayur bersama kobis.
Alhamdulillah.

'Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Tiada sekutu bagi Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku ( antara seluruh umatku) adalah orang islam yang pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)
(maksua ayat 162,163 surah al An'am)

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

afeezz said...

berbudi kepada tanah mesti dapat hasilnya. sesak2 boleh gak makan sayor..

Hjh Noralenna Abbas said...

Di laman edible ku 'corner lot' yang sekangkang kera, ada pokok daun pandan yang liar menjalar, limau 'sambal'yang berbuah sekali sahaja, pokok kari dah dimakan ulat. Tak dijaga itu sebabnya. Elok tanam dalam pasu saje.

Kakzakie Purvit said...

Laman kakak secoet aje tak boleh tanam ini semua. Kalau ada memang kakak buat juga... suka kan bila dah berhasil

azieazah said...

Macam kebun kecil mak saya masa di kampung dulu.

Ya... dah lama tak makan cucur ada sayur kangkung.

Unknown said...

As salam mamaju,

Gambar yg last tu saya tak dpt nak view... mesti sedap! :))

Tgk kebun kecil tu teringat mak kat kampung!