Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
|
Kereta sdr Razi di Laman kami.
'Dan wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini ( jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim' 'Setelah itu syaitan membisikkan ( hasutan) kepada mereka berdua supaya ( dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang ( sekian lama) tertutup dari ( pandangan) mereka, sambil ia berkata " Tidaklah Tuhan kamu melarang daripada ( menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal ( selama-lamanya di dalam syurga)" 'Dan ia bersumpah kepada keduanya ( dengan berkata) :" Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada mereka berdua". Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua ( ke dalam larangan) dengan tipu dayanya). Setelah mereka makan ( buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun ( dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka " Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (maksud ayat 19, 20, 21,22 surah Al A'raaf) |
|
YESTERDAY-TODAY- TOMORRAW Bernama demikian kerana berubah warna dari ungu pekat, ungu cair dan putih.. Mekar harum, ia memerlukan siraman sederhana siram sekali di waktu pagi. Ia memerlukan matahari yang banyak dan hidup subur di tanah yang sedikit berasid. Bagi mendapat bunga yang lebat, perlu pangkasan yang kerap.
'Mereka berdua merayu," Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.' (maksud ayat 23 surah Al A'raaf) |
|
KESIDANG/ KERAK NASI/ BREAD FLOWER. Bunga-bunga kecil dalm bentuk gugusan ini yang berbau harum seakan pandan adakala seperti kerak pulut santan dan akan merebak baunya ke kawasan berhampiran tatkala ditiup angin. Ia memanjat dan perlukan cahaya penuh bagi mengalakkan pertumbuhan bunga.
'Allah berfirman: "TURUNLAH KAMU SEMUANYA, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika ( mati)" Allah berfirman lagi " Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan ( dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat) (maksud ayat 24,25 surah Al A'raaf)
|
|
AKAR DANI/ RANGGON CREEPER' Pokok ini adalah renek yang memanjat , berbunga, tumbuh tinggi antara 2.5 meter hingga 8 meter. Gugusan bunganya terdiri daripada kuntuman kecil bunga berwaran rona merah dan putih. Ia mengeluarkan bau yang harum. Tumbuh di kawasan separa teduh teduh atau di bawah pancaran cahaya matahari penuh. - 'Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ( bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda ( limpah kurnia) Allah ( dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya ( dan bersyukur) (maksud ayat 26 surah Al A'raaf) |
|
Layu di kala proses pembungan...
'Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka ( yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya SYAITAN DAN KAUMNYA MELIHAT KAMU DENGAN KEADAAN YANG KAMU TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA. Sesungguhnya Kami telah menjadikan SYAITAN-SYAITAN ITU TEMAN RAPAT BAGI ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN.' (Maksud ayat 27 surah Al A'raaf) |
|
Alhamdulillah.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL. |
4 comments:
Ju,
Sukalah tengok header blog Ju, silih berganti imej. Yang ini format negative. Anak-anak Ju tolong ye? Atau Ju buat sendiri?
Kreatif!
Mamaju paparkan gambar laman melalui refleksi body kereta..:)
suke plak kat nama bunga Yesterday-Today-Tomorrow
Sejak dulu, sejak kenal blog Mama JU, saya kagum dengan hasil gambar dan ikatan kekeluargaan yang tercipta. Tumpang merasa keindahan itu.
Post a Comment