Monday, February 25, 2013

POP UP

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'....Maka perempuan-perempuan soleh itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya) yang yang memelihara( kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya......'
(maksud ayat 34 surah An Nisa' juz 5)
Saya mengumpul buku-buku pop up.
Suka dengan gayanya yang timbul dan hidup...
Kanak-kanak suka buku ni.
Kena buka dengan cermat......


'Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan ( dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia ( Syurga)
(maksud ayat 31 surah An Nisa')

Boleh sambil bercerita....


'Apajua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah, dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah dari  (kesalahan) dirimua sendiri Kami telah mengutus engkau ( wahai Muhamad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi ( yang membuktikan hakikat kebenaran ini.)
9maksud ayat 79 surah An Nisa;)

He he jangan cuba  nak rosakkan buku ni....
-

Itu sebahagian daripada koleksi saya,
Alhamdulillah.

'Dan sesiapa yang taat kepadaAllah dan Rasul-Nya , maka mereka itu akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama dengan orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka , iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqindan orang-orang Syahid serta orang-orang yang soleh.Dan amatlah eloknya merekaitu menjadi teman rakan ( kepada orang yang taat); Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah yang Maha Mengetahui( akan balasan pahalanya.)
Maksud ayat 69, 70 surah An Nissa')
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



7 comments:

Dr K said...

Salam mamaJu..

Saya pun teruja dgn buku pop up macam ni...hihihi

Cuma saya tak beli masa anak2 saya masih kecil ni...menangis tak berlagu kang saya kalau anak kecil saya koyak2 kan buku tu...hahaha

mamaina said...

ada juga satu, anak2 rosakkan...masih teringat lagi buku tu..

afeezz said...

wah... cantik buku2 ni...

makcikkantin said...

unik buku2 ni mama ju. masa anak2 kecik dulu (hehe lebih 20 tahun lalu..) ada juga......cuba kalau makcik simpan kan....

Kakzakie Purvit said...

Kakak dulu masa anak sulung ada beli tapi entah kemana dah sekarang. Kakak rasa banyak yg dah rosak sebab tangan anak-anak biasalah. Kalau ada tingkap siap dia buka-tutup-buka-tutup. Bukit pun sama sebab nak lihat ladybird bawahnya dibuka-tutup-buka-tutup lama-lama tanggal..

kaknor tmj said...

salam Ju,
memang buku2 pop up cantik2 belaka,kad2 hari jadi dan hari raya pun ada yg pop up, menyesal pula kak tak simpan elok2

azlina said...

assalamualaikum kak..
apa khbar kak semuga sihat hendaknya..
ina pun suka belikan aleya buku..tetapi yg jenis pop-up ni mahai sikit tak mampu nak beli byk2