Tuesday, February 19, 2013

GAMITAN MADINAH- MASJID AL FALAH USJ 9

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.Dan peliharalah  diri kamu dari api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir. Dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya supaya kamu diberi rahmat'
(maksud ayat 130- 132 surah A Li Imraan Juz 4)



Inilah Masjid Al Falah, USJ 9.
Kami tiba , jemaah sedang memulakan solat zuhur.
Dari cermin luar.

'(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi  ( sambil) berkata "Wahai Tuhan kami, Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia . Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab neraka"
(maksud ayat 191 surah A Li Imraan)

Saya suka di sini. Suasana dalamannya ala-ala Masjid Madinah.
Wanita bersembahyang di bahagian ini.
Bahagian ini terbuka, bersyiling rendah.
Rasa ingin berlama-lama di sini.
"Wahai Tuhan kami,  Ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah  daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang yang berbakti"
(maksud ayat 193 surah A Li Imraan)
" Wahai Tuhan kami, Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melaui Rasul-RasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat: sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
(maksud ayat 194 surah Al- Li Imraan)
 Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka ( dengan firmannya) " Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu samada lelaki atau perempuan......."
(maksud ayat 195 surah A Li Imraan)



Kubah di tempat sembahyang lelaki.

"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi) segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara  yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan)di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya ( mencapai emenangan."
(maksud ayat 200 surah A Li Imraan)

'Dan tiap-tiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan ( ajal) yang tertentu masanya ( yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian ) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berkan bahagiannya. dari balasan dunia itu dan sesiapa menghendaki balasan akhirat Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.!
( maksud ayat 145 surah A Li Imraan)

'Wahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami dan teguhkanlah  tapak pendirian kami ( dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir'
( maksud ayat 147 surah A Li Imraan)




Di luar masih banyak kerja-kerja tambahan..

Alhamdulillah

CINTA ALLAH.
CINTA RASUL.


5 comments:

azieazah said...

Sejuk mata, sejuk jiwa... sesejuk lantai masjid.

rosli said...

Mamaju,

Cantiknya masjid ni

Kakzakie said...

Beruntunglah mereka yg dpt menikmati masjid ini.

Daddy Ziyyad said...

Salam mamaJu...

Betul la...cantik masjid Al falah ni...teringat akan interior masjid Nabawi...

Disham Nordin said...

Salam mamaju

Saya juga suka duduk lama2 dalam masjid ni sambil mengaji jika kesempatan hadir di situ.